Sekadar perkongsian saya yang mengalami masalah depression disebabkan suami saya sendiri
Saya mengalami masalah depression tanpa pengetahuan sesiapa pun. Lagi-lagi suami saya.
Bukan kerana suami tidak bertanggungjawab, bukan kerana suami curang, bukan kerana suami kaki pukul, dan bukan kerana suami saya seorang tidak bekerja.
Masalah saya ialah suami seorang yang teramat pendiam dengan sifat dia itu membuatkan saya rasa tidak senang dan selalu rasa yang saya ni hanya menyusahkan dia. Kami berkahwin diaturkan oleh keluarga (kami bersaudara – jauh).
Suami mempunyai kerjaya yang bagus, saya hanya seorang kakitangan awam. Dari segi kewangan, 100% dia bayarkan walaupun kereta, rumah yang kami duduki ini nama saya tetap dia bayarkan semua. (Suami masih tiada rumah sendiri lagi). Memang dari segi itu sangat TIP TOP.
Gaji saya, 100% untuk keperluan saya sahaja. Malah simpanan duit dia pun masuk ke tabung haji saya. BTW, kami baru menikah dalam 2 tahun. Dikurniakan seorang anak.
Suami saya sekiranya dirumah ibunya, dia akan jadi seseorang berbeza. Dia suka bergurau, dia suka ketawa tetapi bila dengan saya. Diakan akan jadi pendiam, hanya senyum saja sekiranya saya tidak bercakap dengan dia.
Malah, kalau dia berdua dengan anaknya. Kemain lagi berborak. Walhal, anak baru 2 tahun. Bukan semua perkataan dia faham. Saya mula rasakan, yang dia tak ada hati pada saya.
Saya pernah bertanya adakah dia ada perasaan sayang atau tidak pada saya. Dia hanya menjawab “sayang, jodoh Allah dah tentukan.” Pada masa yang sama saya dapat rasa dia tak jawab dengan ikhlas. Yang pasti, dia tidak curang.
Sekiranya dia habis bekerja, dia akan balik terus kerumah untuk bersama anak kami. Dia akan spent semua masa terluang dia dengan anak kami. Kemana-mana mesti dia bawa anak dia sekali.
Malah sekiranya dirumah, urusan anak semua dia akan handle dari mandi hinggakan tidurkan anak semuanya dia handle. Seolah-olah saya ni tak wujud. Dia hanya akan berborak panjang dengan saya sekiranya isu anak.
Memang dia seorang ayah yang penyayang.
Kadang-kadang saya rasa saya seorang yang tidak bersyukur kerana selalu fikir buruk akan suami sendiri, bila dengar kawan2 saya bercerita tentang suami masing2.
Saya rasa sangat bersyukur sebab suami saya tidak seperti suami kawan2 saya. Cuma satu, sifat dia yang pendiam tu ibarat pedang buat saya. Setiap “borak” saya dan suami mesti saya akan mulakan dulu.
Situasi tak sama bila dia bersama keluarganya, dia akan jadi seorang yang “friendly”. Keadaan yang sama akan berlaku bila dia dirumah keluarga saya. Dia akan jadi pendiam seribu bahasa seperti orang bodo.
Saya bercadang untuk kami berjumpa dengan orang tengah seperti seorang counsellor, tapi saya takut saya yang over. Sekadar minta pendapat,