Tak sangka! Rupanya ini sebab kenapa stereng kereta mudah bergoyang ketika memandu

Apabila menaiki kenderaan, tentunya kita mahu rasa selamat dan selesa supaya dapat sampai di destinasi yang dituju dalam keadaan gembira dan bersemangat.

Tetapi, sekiranya terdapat masalah pada kenderaan sendiri, rasa gembira itu pasti akan mula diganti dengan cemas dan ketakutan.

Ketika dalam perjalanan ke destinasi yang jauh, kita akan mula memecut pada kelajuan 80km/h kerana berada di atas jalan raya di mana had kelajuannya 110 km/h.

Tak sangka! Rupanya ini sebab kenapa stereng kereta mudah bergoyang ketika memandu

Namun ketika sedang menekan pedal, stereng yang tadinya berada dalam keadaan mod senyap kini bergegar, membuatkan rasa tidak selesa.

Perkara itu akan membuatkan pemandu berasa risau kerana pengendalian akan jadi tidak stabil disebabkan arah pemanduan akan bergerak ke arah kiri atau kanan.

@pakwee_oe Sterring Bergegar masa memandu🌚🌚 #pakwee #dtinzautodetailing #utkkomeajerr #fypmalaysia #longervideos #longervideosontiktok #fyp #fypmalaysia🇲🇾 #tips #tipskereta #pomensendiri #tipscar #tipskeretarosak #sterring #safedrive #safedriving ♬ presentation – TimTaj

Pun begitu, kerisauan yang lain adalah seluruh kenderaan akan turut bergegar menyebabkan masalah itu bertambah lagi teruk.

Sekiranya memandu di atas permukaan jalan rata dan stereng kereta akan mula bergegar atau bergetar, ia mempunyai lebih daripada satu masalah.

Perkara itu dinamakan sebagai syimi (shimmy) dan masalah itu terjadi disebabkan oleh kerosakan yang dialami komponen kereta yang lain.

Menerusi perkongsian @pakwee_oe, ia menyatakan jika stereng bergegar apabila membawa dengan kelajuan 80km/h ke atas, ia mempunyai dua sebab bagaimana perkara itu boleh terjadi.

Jelasnya, yang pertama disebabkan oleh tayar bengkak, seperti mempunyai benjolan, tidak rata atau bahagian tertentu telah haus.

Permukaan tayar berada dalam yang teruk sehingga ia boleh menjejaskan pemanduan bagi kelajuan 80km/h.

Kemudian, punca yang kedua adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan tayar yang membuatkan nyawa pemandu terancam.

Ketidakseimbangan termasuk bahagian tayar yang botak atau haus, rim atau gandar bengkok atau sesendi longgar.

“Kebiasaannya stereng bergegar kerana balancing tayar dengan tayar bengkak.

“Jadi pergi ke kedai tayar atau mana-mana kedai mekanik, tidak perlu periksa perkara lain.

“Periksa yang masalah tadi tu sahaja supaya tak kena tipu dan boleh jimat duit,” ujarnya.

BACA: Wajah terkini pelakon yang pegang watak budak lelaki dalam filem CJ7