Tak sangka rupanya ini nilai harga pokok bawah ‘Rawang Bypass’ jadi punca dibina bengkang-bengkok

Terdapat peluang untuk membuat lawatan menarik ke atas jambatan pada jalan “bypass”

Ddari Serendah ke Rawang yang dibina oleh Tuan Haji Radzali Mokhtar, seorang anak Melayu tempatan.

Jambatan tersebut menonjolkan keunikan dengan reka bentuknya yang agak berbengkang bengkok, tidak lurus.

Tak sangka rupanya ini nilai harga pokok bawah 'Rawang Bypass' jadi punca dibina bengkang-bengkok

Namun, keunikan tersebut bukanlah tanpa sebab. Ia sengaja direka tidak lurus demi menyelamatkan spesies pokok Giam Kanching atau Merawan Kanching yang hanya tumbuh di kawasan sekitar laluan tersebut.

Tumbuhan ini hanya boleh dijumpai di Malaysia, khususnya di kawasan tersebut.

Penting untuk ditekankan bahawa mengambil pokok Giam Kanching tanpa kebenaran berisiko menerima denda sebanyak sejuta Ringgit. Ini adalah langkah penting untuk melindungi kelestarian spesies unik ini.

giam-kanching02

Jawapan sebenarnya mengapa jambatan tersebut tidak diluruskan adalah untuk memastikan kelangsungan hidup Giam Kanching dan bukannya untuk mengelakkan bukit-bukau atau tanah yang curam, seperti yang mungkin dianggap oleh sesetengah individu

Ini membuktikan bahawa Syarikat Hasrat Sedaya Sdn Bhd mempunyai keupayaan teknikal untuk mengatasi cabaran pembinaan jambatan yang melibatkan topografi yang rumit.

Tahniah diberikan kepada Tuan Haji Razali yang mewakili Hasrat Sedaya Sdn Bhd kerana mencipta kebanggaan untuk anak watan Batang Kali.

Hopea subalata adalah spesies pokok Dipterokarpa yang bersifat endemik, bermaksud hanya ditemui di satu habitat, iaitu di Hutan Simpan Kanching, Selangor.

Hutan ini terletak di penghujung rabung kuartzit Klang Gates, salah satu rabung kuarza daratan terpanjang di dunia. Spesies ini dinamakan Merawan Kanching atau Giam Kanching kerana lokasi endemiknya.

Dalam konteks komersial, pokok ini dimasukkan dalam kategori giam.

Pokok Giam Kanching berukuran kecil, dengan kulit licin dan ukuran lilit mencapai 1 meter

Hopea subalata diberi status spesies terancam tahap kritikal disebabkan taburannya yang terhad.

Spesies ini memiliki cara pembiakan yang unik dengan anak pokok yang benar-benar menyerupai induknya dari segi genetik.

Peminat pokok yang jarang ini dapat melihatnya berbunga di Arboretum Dipterokarpa dan Taman Botani FRIM

BACA: Ayah bagi duit belanja RM1000, pemuda merungut tak cukup rupanya belanja teman wanita RM700 tiap bulan