Tak sangka! Rupanya Gardenia pernah jual produk air dan aiskrim tapi ramai tak tahu

Tak sangka! Rupanya Gardenia pernah jual produk air dan aiskrim tapi ramai tak tahu

Beginilah bermulanya Gardenia Beverage Sdn. Bhd. di bawah Tong Hing Group dan sebab mengapa korang boleh dapatkan minuman ringan dalam tin dengan label Gardenia di Sabah dan Sarawak.

Pada 30 Januari 1981, Gardenia telah bekerjasama dengan Pepsi International Company, yang terkenal dengan minuman ringan Pepsi Cola dan Mirinda.

Tak sangka! Rupanya Gardenia pernah jual produk air dan aiskrim tapi ramai tak tahu

Beginilah bermulanya Gardenia Beverage Sdn. Bhd. di bawah Tong Hing Group dan sebab mengapa korang boleh dapatkan minuman ringan dalam tin dengan label Gardenia di Sabah dan Sarawak.

Sebenarnya, Gardenia Beverage sudah lama menerima francais Pepsi Company International sejak 1978.

Dengan pengenalan minuman ringan, ia mengukuhkan hubungan antara syarikat terkenal Sabah, Tong Hing Group, dengan Pepsi Company International.

Projek ini dirancang oleh K.H. Wong dari Kota Kinabalu, seorang Arkitek British Bersekutu, bekerjasama dengan Kumpulan Karim Lai Architects Kuala Lumpur.

Jumlah pelaburan untuk projek tersebut berjumlah lebih dari $ 6 juta. (pada masa itu)

Selain Gardenia Beverage, terdapat juga produk Gardenia lain yang dihasilkan seperti ais krim dan kek.

Pernah tak terfikir kenapa rakan Sabah dan Sarawak korang selalu memborong roti Gardenia mereka setiap kali mereka mahu pulang ke kampung halaman mereka? Mungkin segelintir dari korang akan tahu kenapa mereka beli roti Gardenia banyak-banyak sebelum balik ke Sabah dan Sarawak. Sebenarnya, harga roti Gardenia di Sabah dan Sarawak sangat mahal jika dibandingkan di Semenanjung Malaysia.

Hal ini kerana berdasarkan kenyataan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (GBKL), terdapat satu lagi syarikat Gardenia di Sabah, Sarawak dan Indonesia iaitu Gardenia Bakeries (Malaysia Timur) Sdn. Bhd. tetapi kedua-duanya saling tiada kaitan. Walaupun syarikat Gardenia yang sama tetapi Gardenia Malaysia Timur berhak menggunakan logo Gardenia mengikut kehendak mereka sendiri.

Mesti korang akan tanya apasal tidak buka sahaja GBKL di Sabah dan Sarawak tetapi sebenarnya atas alasan francais, GBKL hanya dibenarkan mengedar roti di kawasan Semenanjung Malaysia sahaja. Selain itu, kenapa harga roti Gardenia di Sabah dan Sarawak sangat mahal jika dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia kerana dipengaruhi kos pengangkutan.

Sebenarnya, semua ini bermula dengan Wong, yang merupakan seorang usahawan. Pada masa remajanya, dia telah menjalankan perniagaan kedai kopi ayahnya, kemudian mengubahnya menjadi salah satu pasar raya terkenal di Sabah yang disebut Pasar Tong Hing. Wong juga pada masa itu telah mengembangkan bisnesnya dalam pembuatan roti.

Namun, bisnes roti Wong sebenarnya tidak bertahan lama maka dia telah pergi ke kedutaan Amerika dan di situlah dia berjumpa dengan Uncle Slocumm. Wong belajar membuat roti dan akhirnya memulakan Gardenia bersama Jim Humphries. Pada mulanya, Gardenia hanya menjual roti tetapi ketika perniagaan berkembang, Wong mencuba sesuatu yang baru.

BACA:

Wanita ini kongsi pengalaman pensyarah sendiri ‘mengurat’ pelajar sendiri sebelum habis belajar, kini sah 10 tahun berumahtangga