“Tak sangka Fatiya sebenarnya ada bakat lain selain lakonan”

Walaupun sering terpalit pelbagai kontroversi dan lama menyepi daripada dunia lakonan, pelakon Fatiya Latiff telah berkongsi keadaan terbaharunya di Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Fatiya Latiff telah memuat naik sekeping gambar bersama fail kes di dalam sebuah bilik pejabat

Dipercayai di sebuah firma guaman di Petaling Jaya sekaligus memaklumkan kini beliau bergelar seorang peguam.

“Tak sangka Fatiya sebenarnya ada bakat lain selain lakonan”

“Tak sangka Fatiya sebenarnya ada bakat lain selain lakonan” – Netizen

Untuk maklumat anda, Fatiya sebenarnya mempunyai kelulusan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakannya berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya dan mendoakan kebahagiannya.

Malah, ada juga netizen berasa terkejut dan tidak sangka bahawa Fatiya sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang selain lakonan.

BACA JUGA:“Macam tu je tuhan tunjuk laki aku bawa balik perempuan, aku tak sangka pengkhianatan yang sama suami buat macam masa bertunang!”