Penyakit buah pinggang adalah salah satu penyakit yang sering menimpa rakyat Malaysia.
Sayangnya, kebanyakan dari kita tidak menyedari bahawa kita mungkin sedang menghadapi masalah ini sehingga sudah terlambat.
Jika kita menyebut angka atau jumlah penyakit buah pinggang kronik (CKD) di Malaysia, mungkin akan sukar dipercayai.
Namun, kenyataannya, dari jumlah keseluruhan 33.4 juta penduduk Malaysia, lebih daripada 5 juta sebenarnya sedang menghidap CKD,
Dan hanya 5 peratus yang sedar mereka berdepan dengan penyakit yang berisiko tinggi tersebut
. Daripada jumlah tersebut, lebih daripada 51,000 orang menghadapi kegagalan buah pinggang atau end-stage renal disease (ESRD) dan memerlukan terapi penggantian buah pinggang atau dialisis.
Untuk memberikan gambaran, pembelanjaan untuk merawat ESRD bukanlah sedikit. Contohnya, pada tahun 2016, kerajaan telah membelanjakan hampir RM1.2 bilion untuk tujuan tersebut, yang menandakan peningkatan sebanyak 94 peratus dalam tempoh tujuh tahun.
Bagi menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat, AstraZeneca bersama beberapa pemimpin industri penjagaan kesihatan tempatan telah bekerjasama untuk memajukan penjagaan CKD melalui penyelesaian digital tercanggih.
Inisiatif ini termasuk pelancaran aplikasi MyCKD CPG dan Persamaan Risiko Kegagalan Buah Pinggang Boleh Ubah (KFRE).
BACA: AJK Masjid di KKB halang orang pakai baju Madani masuk, “geng dia tak pa..”