Tak puas hati ditegur, peniaga goreng pisang maut dipukul pelanggan

Seorang peniaga pisang goreng dilaporkan maut dipukul selepas terlibat dalam satu pertengkaran sengit

Dengan salah seorang pelanggannya di sebuah pasar di Pokok Assam, Perak.

Tak puas hati pelangan sentuh pisang goreng

Tak puas hati ditegur, peniaga goreng pisang maut dipukul pelanggan

Memetik laporan Sinchew, suspek bertindak sedemikian gara-gara tidak berpuas hati selepas ditegur

supaya tidak menyentuh pisang goreng menggunakan tangan sekali gus menyebabkan pergaduhan besar.

Bimbang akan keselamatan diri, peniaga dikenali sebagai Ah Kun melarikan diri ke lorong bersebelahan pasar tersebut manakala pelaku menggunakan kesempatan itu untuk merosakkan gerai.

Bukan itu sahaja, suspek tersebut datang semula untuk menyerang mangsa yang sedang mengemas gerainya di belakang kepala menggunakan sebatang kayu sebelum melarikan diri.

peniaga pisang goreng dipukul pelanggan

Namun begitu, serangan tersebut telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Suka berniaga pisang goreng sambil nyanyi

Dalam pada itu, seorang pengguna aplikasi X @syadz_ mendedahkan mangsa merupakan seorang yang ceria dan suka menyanyi sambil menjual pisang goreng.

Takut dan kesiannya tengok…

Menjengah rungan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati dan kerisauan dengan kejadian yang menimpa penjual tersebut kerana diperlakukan sedemikian.

BACA: Bekas isteri Hafidz Roshdi dikutuk pakai baju Ketat sangatsampai tesembul lain netizen perasan