Tak payah keluar modal, tukang paip ajar cara elak singki tersumbat

DENGAN hanya satu klik di internet, anda akan disajikan dengan pelbagai petua untuk mengelakkan singki tersumbat.

Antara petua yang paling popular adalah campuran serbuk penaik dan cuka serta campuran garam kasar dan air panas yang dikatakan boleh membersihkan saluran singki.

Namun, seorang individu dikenali sebagai Kamal Hamid berkongsi satu lagi cara untuk mengelakkan singki di kediaman anda tersumbat.

Tak payah keluar modal, tukang paip ajar cara elak singki tersumbat

Menariknya, petua yang dipelajari Kamal daripada seorang tukang paip itu tidak memerlukan sebarang belanja kerana ia boleh dilakukan dengan menggunakan air sahaja.

“Ada seorang plumber ni pernah bagi tip maintenance singki untuk elak tersumbat. Tutup lubang singki dan tadah air dalam singki sebanyak mungkin.

“Bila dah penuh, lepaskan serentak. Buat sekurang-kurangnya sebulan sekali. Memang jadi. Insya-Allah memang singki susah nak tersumbat.

“Daya tolakan air yang kuat ni flush semua kotoran dalam saluran dan tiada kesan kat singki berbanding pakai asid atau serbuk bikarbonat,” ujarnya.

Namun kata Kamal, petua ini hanya langkah pencegahan untuk mengelakkan singki tersumbat sahaja.

Sekiranya singki telah tersumbat, anda perlu menggunakan cara lain untuk membersihkan saluran paip.

Baca juga: Senarai Bazar Ramadan 2024 di Malaysia, banyak dah tak ada!