Tak masuk akal! ‘Chewing gum’ yang dah dikunyah dijual dengan nilai RM176500

Persoalan tentang sanggupkah seseorang menghabiskan RM176,500 semata-mata untuk memiliki gula-gula getah

Yang dikunyah oleh bintang Iron Man, Robert Downey Jr, akan terjawab hari ini.

Ini berikutan acara bidaan untuk ‘peninggalan’ Robert Downey Jr yang dipaparkan di laman eBay yang bakal tamat pada hari ini.

Tak masuk akal! 'Chewing gum' yang dah dikunyah dijual dengan nilai RM176500

Penyenaraian eBay menetapkan harga permulaan untuk bidaan gula-gula getah tersebut pada AS$40,147.47 (RM177,150.71), namun harga mungkin meningkat lebih tinggi.

Seorang pengguna eBay mengklaim memiliki gula-gula getah yang dikunyah oleh Downey ketika bintang Marvel itu muncul pada majlis Hollywood Walk of Fame Jon Favreau bulan lalu.

“Waktu acara itu, Robert Downey Jr sendiri meletakkan gula-gula getah itu pada bintang dan meninggalkannya di sana sebelum saya sempat mengambilnya.

“Saya ingin menjualnya dan ia boleh diuji untuk melihat DNAnya,” kata peniaga eBay dalam keterangan produknya seperti yang dilaporkan oleh New York Post.

Dia menyatakan bahawa seketul gula-gula getah yang dikunyah oleh Downey akan dihantar kepada individu yang bertuah dalam bekas plastik, tetapi tidak boleh dikembalikan selepas transaksi selesai.

Downey, 57, memberikan penghormatan kepada pengarah Iron Man sebelum dengan berseloroh menempelkan gula-gula getah itu pada lambang bintang di lantai majlis tersebut, bulan lalu.

BACA: “Baru sebulan jadi jiran aku, dah berani nak rampas suami dan anak-anak aku siap ajar panggil dia ‘mama’”