Tak kerja tapi mampu beli kereta dan pakai pakaian berjenama, ini rahsia kejayaan gadis ini buat ramai nak tahu
Sukar untuk dipercayai apabila seorang `gadis hujung minggu’ meraih pendapatan lumayan mencecah lima angka sebulan hasil ‘perkhidmatan’ yang diberikan kepada lelaki bergelar `Sugar Daddy’.
Gadis berusia awal 20-an itu menerima pendapatan lumayan selepas ‘dipakai’ lelaki bangsa asing yang sudah sebaya bapa mereka, yang berkunjung ke negara ini, pada hujung minggu.
Selain ditaburkan wang ringgit, wanita berkenaan turut diberikan pelbagai `insentif’ lain termasuk dibelikan kereta dan dibawa membeli pakaian berjenama berharga ratusan ringgit sehelai.
Pengakuan itu dibuat wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Nora kepada Harian Metro dalam pertemuan eksklusif di sini, baru-baru ini.
Menurut Nora, dia diperkenalkan dengan lelaki itu oleh seorang rakan perempuan yang sudah ‘senior’ dalam kegiatan itu, empat tahun lalu.
“Mulanya pertemuan kami di sebuah restoran mewah di ibu kota dan dari situ lelaki terbabit mula mendekati saya.
“Bermula dengan menghantar SMS dan panggilan telefon, lelaki terbabit mula memasang perangkap,” katanya.
Dia berkata, selepas dua minggu berkenalan, lelaki hidung belang itu mengajaknya keluar makan dan membeli-belah di beberapa gedung terkemuka di ibu kota.
Menurutnya, lelaki terbabit mula menunjukkan belangnya selepas dua bulan berkenalan apabila berani melakukan adegan ringan-ringan seperti meraba dan menciumnya.
“Selepas beberapa bulan menaburkan ‘budi’, lelaki yang juga seorang ahli perniagaan itu mula mengharapkan balasan dan mengajak menemaminya bermalam di hotel.
“Walaupun tahu apa yang diinginkan lelaki terbabit, saya pasrah kerana sudah bersedia untuk itu dan tidak mahu menghampakan impiannya selepas melabur puluhan ribu ringgit walaupun baru dua bulan berkenalan,” katanya.
Nora berkata, selepas sekali melakukan perbuatan itu, lelaki terbabit seolah-olah ketagih dan setiap minggu ingin meratah ‘daging muda’ menyebabkannya sering datang ke negara ini atas urusan perniagaan.
Katanya, walaupun tergadai tubuh, dia rela kerana kabur mata dengan kemewahan yang diberikan lelaki itu.
Dia berkata, walaupun hidup mewah, dia menjalani hidup `ala kadar’ kerana tidak mahu perbuatannya itu disedari keluarga atau rakan lain.
“Saya biasanya memuaskan nafsu lelaki itu di hotel mewah ibu kota bagi mengelak diserbu pihak berkuasa.
“Hari berganti hari dan tahun berganti tahun, saya hidup bergelumang dosa dalam mengejar hidup mewah di ibu kota,” katanya.
Menurutnya, mungkin Tuhan membuka pintu hatinya untuk bertaubat menyebabkan dia terus ‘membebaskan diri’ daripada cengkaman lelaki terbabit dan melupakan kemewahan hidup dengan cara sedemikian.
Katanya, walaupun pendapatannya mencecah puluhan ribu ringgit sebulan, wang itu habis begitu saja.
“Bagi anak gadis di kota yang ingin hidup mewah, janganlah mengikut kata hati kerana kemewahan yang dikecapi dengan cara sebegitu itu tidak akan berkekalan.
“Berhati-hati dengan lelaki bermata keranjang yang bijak melabur dan akan meratah tubuh selepas diberikan pelbagai kemewahan,” katanya yang kini hidup dalam serba sederhana dengan bekerja di sebuah syarikat swasta di ibu kota.
BACA:
“One day mama tanya, ‘kakak, kakak tak rindu papa ka?’ dan jawapan aku buat mama pun terdiam..”