Tahu ditolak rakyat, Zahid gesa PRU15 diadakan segera

Tahu ditolak rakyat, Zahid gesa PRU15 diadakan segera

Tahu ditolak rakyat, Zahid gesa PRU15 diadakan segera. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pihak pembangkang takut berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang ekoran mengetahui bahawa parti mereka sedang ditolak oleh rakyat.

Ujar beliau, situasi tersebut menimbulkan kecelaruan kepada pihak pembangkang dan pada masa sama berterusan menjadikan kerajaan campuran sebagai ‘karung tinju’ bagi menghasut kebencian dalam kalangan masyarakat.

“Kecelaruan pembangkang sebenarnya sudahpun terserlah sejak mendakwa kestabilan politik telah dibentuk di Malaysia kerana memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan.

“Selepas menjalin MoU semakin kuat pula memburuk-burukkan kerajaan malah berusaha menggagalkan usul kerajaan di Parlimen.

“Pembangkang malah menolak tawaran kerjasama bagi berkongsi idea dengan pasukan khusus menangani inflasi yang ditubuhkan oleh kerajaan,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Sabtu.

Tahu ditolak rakyat, Zahid gesa PRU15 diadakan segera

Mengulas mengenai tindakan pembangkang yang menyenaraikan 10 menteri kerajaan sebagai gagal, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, perbuatan tersebut juga menonjolkan kecelaruan di pihak mereka.

“Pembangkang menyenaraikan ramai menteri gagal namun membantah mandat diserahkan kepada rakyat untuk membentuk sebuah kerajaan yang baharu.

“Bagaimanapun kita memahami dengan jelas tidak semua yang dipropagandakan kepada menteri gagal itu adalah benar kerana ia bermotifkan politik pembangkang,” ujarnya.

Menurutnya, pembangkang tidak sepatutnya bertindak sedemikian sedangkan mereka yang sebenarnya gagal sehingga menyebabkan ekonomi negara merundum semasa menjadi tampuk kerajaan.

“Ekonomi pada zaman BN semakin bertumbuh dan bantuan kepada rakyat semakin bertambah sebelum berubah menjadi regresif selepas PRU-14.

“Pembangkang sejurus menguasai kerajaan selepas 9 Mei 2018 mengubah polisi ekonomi negara dan meminta rakyat berkorban serta ikat perut akibat kegagalan yang telah mereka lakukan.

“Justeru, satu-satunya pilihan yang ada untuk rakyat mengembalikan dan mengabsahkan sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh dengan memilih BN pada PRU15 nanti,” jelasnya.

BACA:

Lelaki Nigeria penjual nasi lemak di UM rupanya seorang coach bola bertaraf UEFA

SUV rempuh motosikal, penghantar makanan disahkan maut

Perasaan hancur kerana gigi kuning, lelaki ini kecewa ketika ‘dating’ pertama kali