Tahniah Ismail dan Hisham, tunggu dan lihat keputusan malam ini – Najib Razak

Tahniah Ismail dan Hisham, tunggu dan lihat keputusan malam ini – Najib Razak

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengucapkan ucapan tahniah kepada Dato’ Sri Ismail Sabri yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walau bagaimanapun Najib menjelaskan semuanya akan tertumpu kepada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang akan diadakan malam ini.

“Apapun, kita tunggu dan lihat apa keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini”, katanya di facebook.