Syarikat pembuat Helikopter milik tentera darat Malaysia jatuh bankrap, ini yang berlaku..

Syarikat pembuat Helikopter milik tentera darat Malaysia jatuh bankrap, ini yang berlaku.. Syarikat MD Helicopters daripada Amerika Syarikat yang baru sahaja menghantar enam buah helikopter MD530G kepada Tentera Darat, telah membuat permohonan bankrap di bawah Chapter 11 mengikut undang-undang Amerika Syarikat.

Permohonan bankrap oleh syarikat MD Helicopters itu berlaku tidak lama selepas keenam-enam helikopter MD530G itu tiba di negara ini pada bulan Februari lepas.

Walaupun helikopter penyerang ringan itu telah tiba di Malaysia, namun ia masih perlu melalui Final Acceptance Test (FAT) sebelum ditauliahkan oleh Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) yang merupakan operatornya.

Syarikat pembuat Helikopter milik tentera darat Malaysia jatuh bankrap, ini yang berlaku..

Kementerian Pertahanan menandatangani perjanjian perolehan enam buah helikopter bernilai RM320 juta itu pada 2016, namun penghantarannya mengalami kelewatan beberapa kali.

Persoalan yang timbul hari ini adalah, adakah permohonan bankrap oleh syarikat MD Helicopters itu akan menjejaskan operasi helikopter MD530G oleh Tentera Darat?

Menurut laporan media asing baru-baru ini, permohonan bankrap oleh syarikat MD Helicopters dibawah Chapter 11 itu merupakan sebahagian daripada strategi untuk menyuntik syarikat dengan dana sebanyak US$60 juta (RM240 juta) dan membebaskannya daripada hutang serta mempercepatkan penjualan aset-asetnya.

Dalam satu kenyataan, syarikat MD Helicopters menyatakan bahawa ia akan meneruskan operasi seperti biasa ketika syarikat menjalani penstrukturan semula.

“Syarikat MD Helicopters menjangkakan operasinya akan berjalan seperti biasa ketika proses penjualan. Kami memiliki kecairan (liquidity) yang mencukupi untuk memenuhi komitmen perniagaan termasuk komitmen kewangan tambahan berkait dengan proses ini.

“Kami (syarikat) kekal fokus untuk memenuhi kehendak pelanggan awam dan ketenteraan dan bekerjasama dengan pembekal seperti biasa,” menurut syarikat MD Helicopters dalam kenyataannya itu.

Menurut laporan media asing lagi, syarikat telah cuba untuk mencari pembeli sejak Ketua Pegawai Eksekutif Lynn Tilton meninggalkan MD Helicopters pada bulan Mac 2020.

Permohonan bankrap itu juga dipercayai adalah “jalan keluar” oleh syarikat daripada kemungkinan dikenakan denda “sembilan angka” berikutan keputusan sivil pada Oktober lepas.

Dalam keputusan itu, juri persekutuan Amerika Syarikat mendapati syarikat itu bersalah kerana menipu soal penjualan peralatan ketenteraan kepada El Salvador, Arab Saudi dan Costa Rica pada tahun 2011 dan 2012.

Sejak Tilton meningggal syarikat MD Helicopters pada Mac 2020, urusan syarikat telah dikendalikan oleh pengerusi dan pengarahnya Alan Carr.

Laporan media asing juga mengatakan bahawa sebahagian daripada proses bankrap itu menyaksikan syarikat bersetuju dengan perjanjian pembelian aset dengan consortium pemberi hutang diketuai oleh Bardin Hill dan MBIA Insurance.

Konsortium itu akan membeli kesemua aset milik syarikat MD Helicopters dan menyediakan modal baru.

Baru-baru ini Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata tiga daripada enam helikopter penyerang MD530G itu akan ditempatkan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), manakala bakinya akan ditempatkan di Kluang, Johor.

Helikopter itu dijangka memulakan operasinya Oktober ini.

BACA:

Bodykit ‘gear up’ Myvi 2022 terlalu over untuk jadi sporty?

“Asal iklan raya je ada muka akak ni..”, wanita ini jadi bualan warganet

Jijik !!! Dah la proses soya depan tandas, tikus pula berkeliaran satu kilang

COMMENTS

Wordpress (0)