Syarikat ini tawar kerja ‘rasa’ gula-gula, gaji cecah RM300,000

Syarikat ini tawar kerja ‘rasa’ gula-gula, gaji cecah RM300,000. Kerja hanya perlu rasa gula-gula, syarikat ini tawar gaji RM300,000! Sebuah syarikat Kanada dengan nama Candy Funhouse telah membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi Ketua Pegawai Rasa Gula-Gula pertama di dunia.
Tugasnya mudah, merasa gula-gula yang dikeluarkan oleh syarikat terbabit dan bawa pulang gaji sebanyak CA$100,000 atau sekitar RM346,854.
Lebih menarik lagi, tawaran ini dibuka kepada mereka yang berumur lima tahun ke atau lebih. “Apa yang anda perlukan hanyalah semangat untuk gula-gula, budaya pop, dan gigi manis!” Kata Candy Funhouse.
Sebagai pegawai yang ditugaskan untuk menguji gula-gula, anda boleh memilih untuk masuk ke pejabat atau bekerja terus dari rumah.
“Kami sedang mencari Ketua Pegawai Gula-gula yang pertama dan satu-satunya di dunia! Anda berpeluang untuk bekerja dari rumah atau bekerja sama ada di Toronto, Kanada atau Newark, New Jersey, dengan bayaran sehingga CA$100,000 setiap tahun untuk menerajui Strategi Gula-gula ‘FUNhouse’.
Kerja hanya perlu rasa gula-gula, syarikat ini tawar gaji RM300,000!
“[Tugas anda] termasuk meluluskan semua gula-gula dalam inventori dan memutuskan sama ada untuk meluluskan setiap hidangan dengan ‘Cop Kelulusan CCO (Ketua Pegawai Gula-gula)’,” kata syarikat itu dalam satu penerangan tugas seorang pegawai gula-gula.
Selain itu, anda juga akan ditugaskan untuk menguji lebih daripada 3,500 produk gula-gula sebulan, menjalankan mesyuarat lembaga gula-gula dan memutuskan produk yang akan dikeluarkan oleh Candy Funhouse.
BACA:
Belajar Universiti sampai 4 tahun, keluar gaji masih RM1,500
Bantuan RM480 untuk suri rumah dan ibu tunggal, mohon sekarang
Malaysia jadi negara pertama hasilkan Graphene, 200 kali ganda lebih kuat dari logam