Syarat cari housemate ‘bebas berbogel’ dalam rumah undang gelihati netizen

Syarat cari housemate 'bebas berbogel' dalam rumah undang gelihati netizen

Syarat cari housemate ‘bebas berbogel’ dalam rumah undang gelihati netizen.

Seorang penyewa mencuri perhatian wargamaya di laman TikTok apabila niatnya untuk mencari bilik sewa bertukar ngeri apabila ciri-ciri yang ditetapkan penyewa adalah ‘tidak kisah nampak housemate berbogel’.

Difahamkan pengguna dengan nama Belacan Manis itu pada awalnya berniat ingin mencari bilik sewa sekitar kawasan Puchong, Selangor tanpa menyangka pihak penyewa menetapkan ciri tersebut.

“Hurmmmm saya cari bilik sewa je, apa salah saya,” tulisnya pada kapsyen.

Antara ciri lain yang dinyatakan penyewa termasuklah matang, pembersih dan tidak merokok.

Perkongsian tersebut seterusnya telah mencuit hati ramai wargamaya.

“Hahahaha kelakar la, takut ramai yang bukan lelaki masuk sewa nanti.

Syarat cari housemate 'bebas berbogel' dalam rumah undang gelihati netizen

“Hahahahah tachod.

“Padan la dia tulis situ, jiwa kena kental, hahaha.

“Mungkin maksud dia tak pakai baju kot haha.

@belacanmanisSaya cari bilik sewa ja apa salah saya 😪♬ original sound – ipannnn

“Eh risau, naiya pak karim woiii,”antara gelagat wargamaya.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima lebih 200 ribu tontonan dan 10 ribu tanda suka.

BACA:

Ayam 88 sen seekor, Rosyam Nor kongsi cara dapatkannya

Pasangan pencen ini balik kampung ternak ayam, tak sangka kini cecah 1 juta ekor