Syamsul Debat ‘sound’ Caprice, “Islam tak ajar buat macam tu!”

Syamsul Debat, seorang penceramah bebas, memberikan ulasan mengenai isu meminta maaf dan memaafkan selepas tular

mengenai tindakan seorang penyanyi yang meminta maaf sehingga disuruh melutut.

Menurutnya, dalam Islam, proses meminta maaf dan memaafkan haruslah dilakukan dengan ikhlas dan merendahkan diri bersama-sama.

Hal ini melibatkan sikap rendah hati dan tidak menjatuhkan maruah orang lain.

Menurut Syamsul, meminta maaf dan memaafkan adalah amalan yang paling mulia di sisi Allah, tetapi seringkali menjadi perkara yang paling sukar dilakukan.

Syamsul Debat 'sound' Caprice, "Islam tak ajar buat macam tu!"

Dia menekankan bahawa ketika seseorang memaafkan, tidak sepatutnya meletakkan syarat-syarat tertentu. Terlalu banyak syarat hanya akan menghalang proses penyembuhan dan rekonsiliasi.

Syamsul juga menegaskan bahawa walaupun meminta maaf boleh dilakukan secara terbuka, namun ia tidak sepatutnya mengarah kepada penghinaan atau penurunan martabat individu lain

. Baginya, penting bagi pihak yang meminta maaf untuk merendahkan diri tanpa perlu memalukan orang lain.

Dia juga menegaskan bahawa ketika seseorang ingin memaafkan, ia tidak seharusnya membawa diri dengan angkuh atau memandang rendah kepada yang lain.

Semua pihak perlu merendahkan diri dan berusaha untuk mencapai rekonsiliasi yang sejati.

BACA: “Adik aku sanggup upah ‘mak bapak palsu’ supaya dapat bertunang dengan budak muda, biarkan isteri