Syamsul dan Puteri Sarah bercerai talak satu, sekali ini pesanan mak Syamsul kepada Puteri Sarah buat ramai sebak
Umum mengetahui kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana
Dan bekas suaminya yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof berakhir dengan cerai talak satu, kelmarin.
Susulan itu, Puteri Sarah memuat naik tangkap layar yang memaparkan perbualannya bersama bekas ibu mentua, Datin Patimah Ismail menerusi aplikasi WhatsApp.
Menerusi hantaran itu, Puteri Sarah menyatakan bahawa ibu bapa mentuanya sedih dengan pengakhiran rumah tangganya, namun hubungan antara mereka tidak akan berubah.
“Sarah tahu mama dan papa sedih. Apapun yang terjadi, mama dan papa tetap mama dan papa buat Sarah.
Lebih sayu, balasan WhatsApp Patimah kepada Puteri Sarah memaparkan kasih sayang yang diberikan kepada Sarah tidak pernah kurang.
“Jangan cakap macam tu, papa (Datuk Yusof Haslam) kata tiada ada apa yang akan berubah antara Sarah dan keluarga, kami tetap sama seperti dulu,” balas Patimah.
Puteri Sarah dan Syamsul sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, kelmarin.
BACA: