Syahnaz buat hal lagi! Sanggup berulang-alik London semata-mata nak jumpa kekasih gelap!
Saat sarat hamil dan menantikan detik bersalin anak ketiga, Lady Veronica Nayoan mendapat tahu suaminya, Rendy Kjaernett menjalin hubungan istimewa dengan seseorang.
Siapa sangka, wanita terbabit adalah adik kepada pengacara dan pelakon, Raffi Ahmad.
Syahnaz Sadiqah (mesra digelar Nanas) juga sudah punyai suami yang sangat romantis dan dilihat kerap memuat naik kebahagiaan ke media sosial.
Sudah disuruh tamatkan hubungan, namun masih diteruskan
Kini tembelang Syahnaz dan Rendy sudah dibongkarkan kepada umum. Bayangkan dari Lady Nayoan hamil sampailah bayi mereka sudah berusia 6 bulan, suaminya langsung tidak serik kerana masih diam-diam menyambung ikatan dengan Syahnaz.
2 kali kantoi & 2 kali minta maaf…Namun saat Jeje ke London, Syahnaz & Rendy rancak berjumpa
Berbalik kepada rumah tangga Jeje Govinda dan Syahnaz, mereka memang dikenali sebagai pasangan bahagia apalagi Syahnaz adalah seorang isteri yang sangat manja.
Sebelum ini, wanita itu pernah menangis setelah ditinggalkan suaminya yang perlu terbang ke London atas urusan kerja. Siapa sangka sepanjang Jeje berada di London, Rendy rupanya berulang-alik pergi ke rumah Syahnaz untuk bertemu
@namanyayasaaa padahal nanas sebucin ini dulu sama jeje🥹 #syahnaz #syahnazsadiqah #jeje #syahnazjeje ♬ Usai Tiara Andini – Sadvibes🥀
Kalau tengok isteri macam ni, sedih…Tak sanggup tinggal sampai 10 hari
Dalam video yang dikongsikan pada 2019 lalu, Syahnaz juga pernah menangis selama 3 hari 3 malam apabila terpaksa PJJ untuk sementara waktu dengan Jejey yang bekerja di luar negara.
Ratapan Nanas sampai sempat disaksikan oleh seorang pengawal keselamatan rumah mereka.
Disifatkan sebagai suami yang sabar dan tidak pernah jemu melayan sikap keanak-anakan Syahnaz, siapa sangka kini rumah tangga Jeje sedang berada di titik terendah.
BACA: