Syafiq Kyle beli Vellfire, netizen perli guna duit ‘rompakan’ ke?

Syafiq Kyle beli Vellfire, netizen perli guna duit 'rompakan' ke?

Syafiq Kyle beli Vellfire, netizen perli guna duit ‘rompakan’ ke?. SEBUAH video memperlihatkan pelakon Syafiq Kyle membeli sebuah kereta mewah jenis Vellfire untuk dihadiahkan kepada keluarganya mencuri perhatian wargamaya.

Menerusi video yang dimuat naik penjual kenderaan tersebut di laman TikTok, Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak dilihat sedang melakukan urusan jual beli bersama individu berkenaan.

“Terbaik Syafiq Kyle, hadiah Vellfire untuk keluarga. Terima kasih sokong Vellfire Golden Eyes (nama syarikat),” tulis penjual tersebut pada kapsyen.

Dalam pada itu, kereta mewah yang berwarna serba hitam itu turut dihiasi dengan reben besar bewarna merah di bahagian hadapan kereta.

Sementara itu menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut menumpang gembira selain berbangga melihat Syafiq berkongsi rezeki bersama keluarga.

Syafiq Kyle beli Vellfire, netizen perli guna duit 'rompakan' ke?

Pun begitu, ada segelintir wargamaya yang hadir di ruangan komen dengan berbual mengenai watak Iman Shah yang dilakonkan Syafiq dalam drama One Cent Thief baru-baru ini.

Disebabkan jalan cerita drama itu yang mengisahkan seorang pekerja bank menggodam sistem komputer sebelum mencuri satu sen daripada setiap akaun bank pelanggan, segelintir netizen berseloroh kononnya aktor itu membeli kereta berkenaan hasil ‘kejayaan’ terbabit dengan jenayah siber.

“Cool mamat ni, cash in transfer satu sen hahah.

“Satu sen dia banyak kan hahaha. Dia kan one cent thief.

“Dia guna duit satu sen daripada bank ke?

“Dia kan perompak satu sen, sekali transaksi boleh dapat 80k haha.

“Hasil merompak satu sen kan hahah,” demikian antara seloroh wargamaya.

@zarifrecondcar Thank You Syafiq Support Zarif Recond Car | Vellfire Golden Eyes #fyp #foryou #toyota ♬ DJ KNOW ME TOO WELL – REMIX – DJ TANI

BACA:

Juruwang tutup kaunter, lelaki berang, ini nasihat netizen

Joget tahun baharu Kak KM dengan anak pulak undang kritikan