‘Sultan Pemurah’ pandu Lamborghini, cetus spekulasi ini orangnya…

'Sultan Pemurah' pandu Lamborghini, cetus spekulasi ini orangnya...

‘Sultan Pemurah’ pandu Lamborghini, cetus spekulasi ini orangnya… Nama Sultan Pemurah kini menjadi sebutan ramai di platform TikTok kerana sepadan namanya, beliau ‘tidak berkira’ dalam memberi gift atau hadiah kepada influencer di TikTok.

Terbaru dalam sesi live Ryan menerima hadiah ‘Singa’ oleh Sultan Pemurah berkali-kali sehingga mengejutkan pemuda itu yang bimbang andai Sultan Pemurah tersilap memberi mewah berkenaan berulang kali.

Teruja dengan hadiah istimewa diterimanya, Ryan berkongsikan kegembiraannya bersama tunang yang secara kebetulan menghubunginya ketika itu. Malah, Ryan berkata wang daripada gift tersebut boleh digunakan untuk majlis perkahwinan mereka nanti.

Jumlah harga hadiah yang diberikan kepada Ryan oleh Sultan Pemurah adalah sekitar 300,000 Coins dan anda perlu labur RM19,958 untuk beli Coins sebanyak itu di TikTok.

Berdasarkan perkongsian, beliau seorang yang sudah berkahwin dan tinggal di Kuala Lumpur.

'Sultan Pemurah' pandu Lamborghini, cetus spekulasi ini orangnya...'Sultan Pemurah' pandu Lamborghini, cetus spekulasi ini orangnya...

Di profil TikTok miliknya, beliau dilihat memandu sebuah Lamborghini dan seorang rakyat Malaysia.

Ada yang meneka daripada gaya percakapan, lelaki tersebut adalah Kacak, anak lelaki kepada Dato Seri Vida.

Tetapi siapa pun beliau, cara Sultan Pemurah berkongsi rezeki walaupun berbeza tetap berjaya mengukir senyuman kepada mereka yang dibantunya.

@makstoberi awakk betul² sultan ni😅tak masalah sekarang ni sapa sultan ni yg sebenar dia bebetul murah hati eh dia..untung laah masyuk si budak @𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮 ♬ original sound – MakStoBEri

BACA:

Ini beza Perodua Alza dengan Toyota Veloz

Mat Saleh ini jual nasi lemak RM3, habis licin tak sampai 2 jam

Syahdu.. Kucing tak lalu makan terkenang arwah tuannya, akhirnya mati