Sudah lapor JPP tapi tiada tindakan, Afdlin Shauki buat laporan polis berkaitan pemilihan PKR

Sudah lapor JPP tapi tiada tindakan, Afdlin Shauki buat laporan polis berkaitan pemilihan PKR

Sudah lapor JPP tapi tiada tindakan, Afdlin Shauki buat laporan polis berkaitan pemilihan PKR. Pelakon, pelawak dan pengarah filem, Datuk Afdlin Shauki yang tewas pemilihan jawatan Ketua PKR Cabang Setiawangsa, membuat laporan polis antara lain mendakwa Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) gagal mengurus perjalanan pengundian dengan baik.

Dalam laporan dibuat di Balai Polis Pudu malam tadi, beliau yang tewas kepada Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, turut mendakwa banyak penipuan berlaku dalam pemilihan pada hujung bulan lalu itu.

Katanya, laporan polis dibuat terhadap JPP yang didakwanya gagal bertindak terhadap aduan mengenai kelemahan perjalanan pengundian yang diajukan sepanjang pemilihan berlangsung.

“Kami buat laporan polis terhadap JPP, banyak benda mereka lakukan menimbulkan syak wasangka dan benda-benda mereka lakukan terang-terang salah,”dakwa pelakon utama filem Papadom dan Sumolah itu seperti dilaporkan portal berita FMT.

Beliau yang mendakwa, sudah membuat laporan kepada JPP namun setakat ini tiada maklum balas diterima daripada jawatankuasa berkenaan.

Sudah lapor JPP tapi tiada tindakan, Afdlin Shauki buat laporan polis berkaitan pemilihan PKR

“Tidak ada maklum balas, yang ada senyap dan sunyi. Oleh itu kami buat laporan polis untuk lakukan siasatan,” katanya.

Afdlin Shauki antara lain menakwa, terdapat kertas undi yang hilang apabila jumlah undi yang diumum JPP dengan jumlah undi di tempat mengundi bahagian Setiawangsa berbeza dengan ketara.

“Jumlah undi diumum di tempat mengundi adalah 750, namun demikian setelah pengundian fizikal tamat, jumlah undi rasmi yang dikemas kini dalam sistem JPP adalah 528, perbezaan sangat ketara dengan 222 undi hilang begitu sahaja,” dakwanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan proses pengiraan kertas undi yang dibuat tanpa wakil calon dan tidak didedahkan, selain pelantikan bekas setiausaha PKR Cabang Setiawangsa sebagai penyelaras tempat mengundi dan suami seorang calon wanita bertugas di dewan mengundi semasa hari pemilihan.

“Lantikan ini dilihat berat sebelah kerana kedua-dua mereka mempunyai hubungan secara langsung dengan calon bertanding, tiada jaminan ketelusan serta integriti memandangkan mereka juga ahli parti dan bukan pihak berkecuali serta berkepentingan,” katanya.

Dalam keputusan pemilihan yang dikeluarkan pada hujung bulan lalu, Afdlin Shauki memperoleh 372 undi, manakala Nik Nazmi yang juga penyandang jawatan mendapat 482 undi.

BACA:

Ini rahsia masak sambal nasi lemak yang ‘power’, dijamin sedap giler

Neelofa kongsi gambar ‘sweet’ PU Riz, pakaikan inai ditangan

Cara buka akaun ASB dengan mudah dan cepat, ramai yang tidak tahu

COMMENTS

Wordpress (0)