Suami Nadya Syahera pula mengaku jatuh muflis, angkut anak bini balik Kelantan

Tiada angin, tiada ribut, suami kepada pelakon Nadya Syahera iaitu Fizul Nawi tampil membuat pendedahan bahawa dirinya sudah jatuh muflis pada dua tahun yang lalu.A

Berdasarkan perkongsian di Instastory, Fizul berkata segala aset dimilikinya terpaksa dijual ketika itu untuk membayar hutang yang sudah mencecah ratusan ribu ringgit.

Kongsi Fizul, perkara itu diketahui apabila akaun bank dan pasport miliknya disekat selepas seminggu pulang ke Malaysia sejurus selesai mengerjakan ibadah di Mekah.

“Sebelum saya diisytihar muflis, Tuhan hantar jemputan untuk ke Tanah Suci.

Balik ke Malaysia dalam seminggu macam itu, semua akaun bank dan pasport saya kena sekat.

Suami Nadya Syahera pula mengaku jatuh muflis, angkut anak bini balik Kelantan

“Anak sudah besar tetapi terpaksa buat keputusan untuk balik kampung (Kelantan). Kutip balik motosikal (jenis) Ex5. Satu-satunya kenderaan yang saya ada. Syukur boleh bawa hantar anak ke sekolah.

“Bukan mereka (keluarga dan rakan) tak tolong, tetapi sudah takdir Tuhan bagi saya merasa kesusahan. Alhamdulillah, dengan ujian ini saya merasa erti kehidupan dan kesabaran,” ceritanya.

Menurutnya, tekad untuk bekerja semula selepas jatuh muflis muncul selepas cukup kekuatan di dalam dirinya selain meletakkan keyakinan kepada rezeki kurniaan Allah.

Fizul kini berada di dalam proses untuk membuka kedai runcit ‘ala-ala’ kedai Acheh untuk menyelesaikan lebihan hutang dan juga menampung kehidupan keluarganya.

“Alhamdulillah, anak-anak selesa sekolah dan tinggal di Kelantan. Biaya sara hidup juga rendah selain boleh membuat otak tidak tertekan berbanding di Kuala Lumpur. Saya harap anak dan isteri boleh sesuaikan diri kehidupan di kampung.

“Semoga Allah memberikan peluang kali terakhir untuk saya. Cukup sekadar untuk membahagiakan anak-anak, isteri dan selesaikan semua hutang. Teringin juga nak tengok dia (Nadya) bahagia.

“Tetapi saya tiada apa-apa nak buat dia bahagia. Apa lagi perlu saya buat. Terasa sangat menyedihkan dan mental saya juga sudah koyak.” Ulasnya.

BACA: Wanita hamil baru kahwin 7 bulan ditangkap khalwat bersama lelaki bujang