Suami Isteri failkan saman kerana ayam berkokok 200 kali sehari

Suami Isteri failkan saman kerana ayam berkokok 200 kali sehari

Suami Isteri failkan saman kerana ayam berkokok 200 kali sehari. Puncanya ayam jantan jiran mereka yang diberi nama Magda itu mempunyai tabiat berkokok kuat dan bising sehingga 200 kali sehari dan menyebabkan pasangan suami isteri warga emas ini berasa terganggu dan bengang.

Menurut Friedrich-Wilhelm, 76, dan isterinya, Jutta, bunyi bising ayam itu menyebabkan mereka tidak dapat berehat dengan trenang di rumah mereka. Mereka juga pernah cuba berbincang dengan jiran mereka sejak beberapa tahun tetapi tiada apa-apa yang berubah.

Ayam berkenaan akan mula berkokok dalam jam 8 pagi dan tidak berhenti-henti berkokok sehinggalah waktu senja aapbila ia dikurung oleh pemiliknya bersama dengan ayam-ayam lain.

“Jiran kami tidak mahu beralah mengenai perkara ini dan kami mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan kehidupan seperti itu ataupun menang dalam perbicaraan.

Suami Isteri failkan saman kerana ayam berkokok 200 kali sehari

“Kami tidak boleh menggunakan kawasan taman dan tidak boleh membuka tingkap ” ujar Friedrich yang meluahkan bahawa mereka sudah tidak tahan lagi dengan keadaan tersebut.

Sebelum ini, seorang jiran mereka telah berpindah ke kawasan lain kerana tidak tahan dengan bunyi bising yang berpunca daripada ayam tersebut. Menurut peguam pasangan suami isteri ini yang dikenali sebagai Torsten Gieseke, ayam jantan seperti Magda yang terlebih aktif tidak boleh berada di kawasan perumahan yang tenang kerana mengganggu orang lain.

Suami isteri ini juga turut merekod bunyi bunyi kokokan ayam itu untuk dijadikan bukti mahkamah.

Difahamkan bunyi kokokan ayam itu juga turut diukur sekuat 80 desibel iaitu bersamaan dengan bunyi bising restoran yang dipenuhi pengunjung atau bunyi di jalan raya yang sibuk dengan kesesakan lalu lintas.

BACA:

Ilustrasi ‘perli’ Ryan Bakery, ini reaksi netizen

Mayat remaja perempuan ditemui atas bumbung parking kondo