Suami gila sanggup kurung isteri selama 12 tahun lamanya, hanya diberi kotak kecil untuk membuang

POLIS berjaya menyelamatkan seorang wanita di Karnataka, India yang hidup dalam keadaan menderita selepas dikurung oleh suaminya selama 12 tahun.

Wanita berusia awal 30-an itu mendakwa dikurung di kediaman mereka dan hanya diberikan sebuah kotak kecil untuk digunakan sebagai sebagai tandas.

Menurut portal India Today, mangsa merupakan isteri ketiga yang memiliki cahaya mata dengan lelaki berkenaan.

Setelah diselamatkan, wanita itu diberi sesi kaunseling untuk mencari jalan penyelesaian masalah rumah tangganya.

Dia bagaimanapun enggan mengemukakan fail aduan kes terhadap suami dan memutuskan untuk tinggal di rumah ibu bapanya.

Selepas diselamatkan, wanita itu hanya berkurung di dalam rumahnya sejak dua hingga tiga minggu lalu, kata seorang pegawai kanan polis.

Baca juga: 3 minit redah jalan kubur sebab nak makan restoran ikan bakar, dah selesai makan sekali ada yang tegur kedai tu dah lama tutup