Student UIA tunjuk pandai guna saterika untuk masak mi segera

Apabila memasuki asrama, pelajar sering kali menjadi kreatif dalam mencari penyelesaian untuk masalah harian, seperti memasak mi segera, dengan menggunakan perkakasan yang ada di sekitar premis.

Ini disebabkan banyak asrama yang melarang pelajar membawa perkakasan elektrik tertentu kerana kebimbangan berlakunya lintar pintas dan seumpamanya.

Terbaru, seorang pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa telah menunjukkan cara kreatif untuk memasak mi segera menggunakan seterika.

Siapa sangka seterika yang biasa digunakan untuk menggosok baju sebenarnya boleh digunakan untuk mendapatkan sumber air panas yang diperlukan untuk memasak mi segera?

Dalam video tersebut, pelajar itu menuang air pada dasar seterika yang telah dipanaskan. Air yang mengalir kemudian menjadi panas dan digunakan untuk melembutkan mi segera dalam bekas.

Pelajar itu juga menasihati untuk menggunakan seterika yang baru dan bukannya yang berkarat untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman. Dia turut menyatakan bahawa proses ini memerlukan kira-kira 3 minit untuk memastikan mi segera dimasak dengan sempurna.

@123abcdef.u Nak saving sgt #xyzbca #iium #fypシ #fyp ♬ original sound – Saham Akhirat.

Video tersebut telah meraih 1.3 juta tontonan, 60.6 ribu likes, dan pelbagai reaksi dari netizen di platform TikTok. Kebanyakan mereka meluahkan rasa teruja melihat cara unik ini untuk memasak mi segera tanpa menggunakan pemanas air.

Selain itu, ramai juga yang berkongsi cara-cara lain untuk memasak mi segera menggunakan seterika yang biasa dilakukan oleh pelajar asrama.

Baca : Rezeki jangan ditolak! Ribuan udang naik sendiri ke halaman rumah