‘Stop’ tengok video pendek Tik Tok, ini kesannya kepada otak kita

‘Stop’ tengok video pendek Tik Tok, ini kesannya kepada otak kita. “Stop tengok video pendek kat Tiktok..” nasihat seorang sahabat saya masa kami para suami lepak di dobi.
Kebetulan kami sama-sama nak mendobi, jadilah acara lepak di dobi.
Menariknya, lepak kat dobi ni sunyi sikit berbanding di mamak.
Lepas ni boleh lepak kat dobi lagi..hahaha
Sembang dapat, basuh & lipat baju dapat.
“Kenapa kena berhenti tengok video pendek?” tanya saya.
Mesti ada sebab kenapa dia warning gitu.
“Tengok video pendek ni jadikan kita short focus dan tak tahan lama dalam buat sesuatu..”
“Aku rasa perubahan dalam diri aku, dulu aku boleh baca buku lama, buat kerja lama.. bila aku ada habit baru, tengok video tiktok yang pendek ni, fokus aku jadi pendek, duduk lama sikit dah lari fokus..”
“Bila terlalu kerap tengok video pendek, dia jadi habit dalam semua benda yang kita buat. Kita cepat bosan & give up dalam buat apa sahaja perkara..” sambung beliau.
Betul juga.
Saya pun ada masalah yang sama bila tengok video pendek ni. Asik nak skrol je, padahal konten takde kene mengena dalam hidup saya.
Tahu-tahu dah berejam tengok video orang.. haish.
Tuan puan yang mulia..
‘Mereka’ dah lama rancang, kita yang lalai.
BACA:
Jodoh pelajar kahwin guru sendiri, beza umur 33 tahun bukan penghalang
Usul bahas tuntutan waris Kesultanan Sulu ditolak, Dewan Rakyat gamat