Beberapa hari lalu, rakaman video memaparkan seorang staf sumber manusia (HR) bernama Zein Isa memarahi seorang calon pekerja di ruangan pejabat telah tular di media sosial. Difahamkan, pemuda tersebut telah melepasi tapisan kerja di syarikat berkenaan dan sedang dalam proses untuk menandatangani kontrak.
Tengking Calon Pekerja Dengan Gelaran “Sampah”, Staf HR Digantung Tugas
“Sini ID kamu! Kamu tak layak kerja sini… Kamu macam sampah, tahu tak?!”
Ketika mengendalikan proses pendaftaran masuk ratusan pekerja, Zein tiba-tiba ternampak pemuda tersebut yang merokok dalam ruangan larangan merokok (berhawa dingin). Zein menegur perbuatan itu dengan nada tinggi, menyita kad ID calon pekerja tersebut dan menyatakan bahawa proses pengambilan kerja tidak akan diteruskan.
Ruangan berkenaan mempunyai papan tanda larangan merokok
Penularan video Zein menengking calon staf itu telah menarik pelbagai reaksi daripada netizen. Akibat teguran tegas tersebut, Zein dikecam hebat oleh netizen dan dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak syarikat, berupa penggantungan tugas sebagai HR. Calon pekerja berkenaan tetap diambil bekerja memandangkan proses rekrut sudah sampai ke tahap akhir. Namun, pelanggaran etika dalam insiden tersebut tetap direkodkan oleh pihak syarikat.
Izinkan saya memohon maaf sebesar-besarnya… Saya juga minta maaf pada Tuan Zein
@syamsuhadir♬ suara asli – syamsuhdir
Pihak syarikat menjelaskan bahawa tindakan Zein menegur sikap staf baru itu adalah sesuatu yang wajar. Namun, penggantungan tugas dikenakan kerana Zein menengking pekerja itu dengan gelaran “sampah”. Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak telah memohon maaf antara satu sama lain, sekaligus menyelesaikan isu tersebut secara damai.