ARSENAL telah membina surau di Stadium Emirates mereka untuk membolehkan pemain menunaikan solat.
Ruangan untuk solat untuk telah dirasmi oleh pemain tengah, Mohamed Elneny.
“Saya sangat berbangga kerana telah membuka ruang solat kami untuk pemain di Stadium Emirates.
“Ruang untuk meditasi dan berdoa ini akan mengubah kehidupan pemain Arsenal pada akan datang.
“Saya sangat berterima kasih kepada kakitangan dan semua mereka yang menyumbang kepada merealisasikan projek ini,” kata pemain antarabangsa Mesir itu di X.
I am so proud to have opened our player prayer room at Emirates Stadium.
Having this space to contemplate and pray will change the lives of future Arsenal players. I am really grateful to the staff and everyone involved in making this happen @Arsenal ❤️ pic.twitter.com/ovuqLUtJIr
— Mohamed ELNeny (@ElNennY) March 11, 2024
Arsenal ketika ini berada di puncak Liga Perdana Inggeris ketika berbaki 10 perlawanan.
Baca juga: Sejarah sukan Komanvel 1998 di Malaysia yang ramai tak tahu