Stabil ke politik Malaysia satelah UMNO umumkan ‘genjatan politik’?

Bukankah itu sudah pengesahan adanya pententangan terbuka UMNO dan PN.. khasnya dengan PPBM dan Muhyiddin Yasin.

Genjatan politik tidak boleh diadakan sipihak. Kedua pihak perlu bersetuju. Jika sepihak sahaja akan tetap berlaku serang hendap.

Panglima Tentera yang bijak.. tidak akan mengarahkan ketumbukannya berundur. Tetap berada di mana lokasi terakhir pasukannya berada di masa gencatan senjata itu di umumkan.

Apakah tempoh gencatan politik ini kaitan dengan pendemik atau serangan virus Covid 19? Sabenar tidak ada kaitan langsung, hanya sekadar alasan.

Kerana untuk mengamankan dan menghapuskan Covid 19 tidak melibatkan orang politik. Ia dilakukan oleh pakar penjawat awam di Kementerian Kesihatan. Menteri hanya yes and no sahaja nasihat mereka.

Atau Menteri sekadar membaca perutusan. Kebangkitan rakyat dalam mencerca Kerajaan PN atau kepada Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri kerana kegagalan dalam usaha mengembalikan semula Malaysia sebelum datang virus Covid 19.

Itu sebab rakyat tidak terlibat politik memberikan sokongan jika berlaku perubahan Kerajaan.

UMNO pada awalnya membawa inspirasi rakyat. Rundingkan semula hubungan dengan PN atau dengan Muhyiddin Yasin. Orang lain untuk ambil kesempatan untuk menjadi penganti Kerajaan atau PM bukan urusan UMNO.

Tindakan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai seorang ahli Parlimen UMNO menunjukkan sikap UMNO.. ia itu menolak Kerajaan PN. Bila mengemukakan usul tidak percaya.

 Tetapi bila Presiden UMNO membuat membuat kenyataan ‘genjatan politik’ Maka dengan sendiri tergantung kepada perbincangan seterusnya. Sebaliknya serang hendap kedua pihak akan berterusan.

Kesimpulan yang mendapat faedah daripada genjatan senjata ini di pihak Muhyiddin Yasin.. Presiden UMNO sendiri telah mengunci mulutnya dan UMNO terus bertambah rugi. UMNO sudah menjadi saperti biawak di makan oleh cicak kubin yang jarang diketahui orang.

Sang Kelembai

Sumber:

COMMENTS

Wordpress (0)