Smartphone percuma untuk golongan ini, semak kelayakan dan cara mohon

Smartphone percuma untuk golongan ini, semak kelayakan dan cara mohon

Smartphone percuma untuk golongan ini, semak kelayakan dan cara mohon. Berita baik dari Kerajaan untuk pelajar sekolah dari keluarga B40, kepada mereka yang berkelayakan boleh memohon bantuan telefon pintar percuma B40 berserta data internet 120GB secara percuma.

Permohonan Bantuan Smartphone Percuma B40
Pihak Kerajaan dan YTL Foundation bersama YES dan FrogAsia telah melancarkan Bantuan Smartphone Percuma B40 untuk membantu pelajar sekolah rendah atau juga menengah yang tidak memiliki sebarang peranti dan internet untuk pembelajaran dari rumah.

Bantuan ini terdiri daripada sebiji telefon pintar percuma dengan data internet 120GB (10GB / sebulan selama 12 bulan).

Guru-guru juga boleh mencalonkan pelajar yang berkelayakan terutamanya daripada golongan B40

Ibubapa juga boleh memohon bantuan telefon pintar ini secara sendiri.

Smartphone percuma untuk golongan ini, semak kelayakan dan cara mohon

Antara maklumat yang diperlukan adalah:

Nombor MyKid/MyKad murid
Nombor MyKad Ibubapa
Status B40 ibubapa daripada Portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
* mendapatkan status B40 ibubapa, sila pergi ke https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’.

Cara Memohon Bantuan Telefon Pintar Pelajar Secara Online
Untuk permohonan secara online, pemohon hanya perlu mendaftarkan nama dengan mengisi maklumat yang diperlukan tadi di Borang Permohonan Smartphone dibawah:

Borang Permohonan Smartphone

Semakan Status Telefon Pintar
Bagi ibubapa atau guru yang sudah membuat permohonan, anda boleh semak status permohonan anda secara online.

  1. Untuk membuat semakan status anda, sila boleh layari https://lcs.yes.my.
  2. Masukkan maklumat diperlukan seperti nombor kad pengenalan untuk pengesahan.
  3. Paparan status akan dipaparkan.

Ibubapa juga boleh mohon Bantuan Tablet Percuma Untuk B40 untuk anak-anak.

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai bantuan ini, anda boleh terus menghubungi:

YTL Foundation (421570-A)

Level 32, Menara YTL,

205, Jalan Bukit Bintang,

55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Emel: [email protected]

Tel: +603 2038 0888

Fax: +603 2038 0388

BACA:

Kerana pengecas iPhone, Apple didenda RM10.53 juta

Kes SRC cukup mudah untuk dibuktikan, dedah bekas Peguam Negara

Hina Sultan Johor, lelaki didenda RM21,000