Skill penunggang motorsikal berhenti traffic light tanpa jejak kaki atas jalan undang perhatian

Sebagai penunggang motosikal, kestabilan itu penting bagi memastikan penunggang tidak jatuh semasa membawa motosikal

Seperti yang dilakukan semasa ujian memandu bagi motosikal, ujian titi dapat menunjukkan sama ada seseorang itu mempunyai kestabilan yang tinggi atau sebaliknya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang penunggang motosikal sedang berhenti di simpang lampu isyarat sambil menunjukkan kestabilannya dalam menunggang motosikal.

Skill penunggang motorsikal berhenti traffic light tanpa jejak kaki atas jalan undang perhatian

Tak mahu jejak kaki ke tanah sehinggalah lampu bertukar hijau

Menerusi video tersebut, seorang lelaki kelihatan sedang menunjukkan skilnya menstabilkan motosikal ketika berhenti di lampu isyarat tanpa menjejakkan kaki ke tanah.

Apa yang mengagumkankan adalah lelaki tersebut berjaya untuk tidak menjejakkan kaki ke tanah sehinggalah lampu isyarat bertukar hijau.

@gigi.bssdlagi scrolling galeri eh nemu video ini yang aku videoin tahun lalu, btw bapak ini kakinya ngk diturunin dari awal lampu merah sampe lampu hijau. Ngakak? ya pasti 😆😭

♬ bunyi asal – haa

Dalam masa yang sama perlakuan lelaki itu telah menghiburkan netizen disebabkan cara penunggang motosikal itu cuba menstabilkan motosikalnya dengan menggerak-gerakkan badannya.

“Aku time lesen motor hari test JPJ tiba-tiba gelabah semacam jadi gini lah kat titi tu” – Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 24.6M views, 3.1M likes dan 90K shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menunjukkan reaksi terhibur terhadap gelagat lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @gigi.bssd (TikTok)

BACA: Wanita meraung tulang bahu terkehel,Tengah main badminton tiba-tiba bunyi ‘pop’!