Siti Saleha tayang boyfriend, ramai komen macam merajuk

Siti Saleha tayang boyfriend, ramai komen macam merajuk

Siti Saleha tayang boyfriend, ramai komen macam merajuk. Aktres jelita Siti Saleha akhirnya memperkenalkan kekasihnya kepada umum iaitu seoang pereka fesyen ternama tempatan bernama Joshua Fitton.

Siti Saleha atau mesra disapa sebagai Sally menerusi Instagram berkongsi untaian foto mesra bersama teman lelakinya itu buat pertama kalinya dan menerima reaksi pelbagai orang ramai termasuk daripada rakan industri.

“Yeay the cat is out of the bag (Yey, akhirnya akhirnya tidak lagi disembunyikan),” coret pelakon Awal Ashaari dalam ruangan komen.

“Good looking couple (pasangan yang sepadan),” usik pelakon Susan Lankester.

Sementara itu, ada dalam kalangan peminat lelaki turut mengusik Sally atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd. Baharum denan mengakui sedang patah hati apabila pelakon tersebut ternyata sudah memilih lelaki lain.

Siti Saleha tayang boyfriend, ramai komen macam merajuk

“Aduhai, ini ke yang kacukan itu? Bukan saya ke sepatutnya?,” tulis seorang pengguna Instagram.

Ruangan komen pelakon siri Hilang itu dipenuhi dengan emoji berbentuk hati yang rata-rata dihadirkan oleh rakan-rakan seindustri termasuk Ummi Nazeera, Tiz Zaqyah, Nelydia Senrose, Hunny Madu, Daiyan Trisha, Adeline Tsen dan Vanidah Imran.

Terdahulu, selepas hampir setahun hidup menjanda, Sally mendedahkan kepada Kosmo! Online bahawa hatinya kini sudah disunting seorang lelaki berdarah kacukan namun belum bersedia mendedahkan identiti lelaki tersebut kepada umum.

“Nanti saya kongsi dalam Instagram hanya apabila saya benar-benar sudah bersedia.

“Sungguhpun begitu, kawan-kawan yang rapat dengan saya tahu tentang hal ini walaupun saya tak kongsi gambar apa,” katanya dalam satu temu bual sebelum ini.

Meninjau ruangan Instagram, Joshua yang pernah berkahwin dan memiliki anak merupakan lulusan sarjana dalam bidang Senibina dari University of Lincoln, United Kingdom dan kini merupakan pengasas jenama fesyen tanah air, Atelier Fitton.

Sally pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar, 36, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun dan tidak dikuniakan cahaya mata.

BACA:

Isu telur perlu penyelesaian segera daripada kerajaan

Menteri KDN akan jumpa PM bincang isu RM600 bilion

Anwar ambil gaji Menteri Kewangan? Ini fakta sebenar