Siti Nordiana mohon doa orang ramai agar dapat bertemu ‘si dia’

Siti Nordiana mohon doa orang ramai agar dapat bertemu ‘si dia’. Biarpun 13 tahun hidup solo dan bergelar ibu tunggal, Siti Nordiana tidak pernah menutup pintu hati untuk berkahwin lagi.

Namun, kesibukan dan komitmen hidup membuatkan juara musim kedua program realiti, Gegar Vaganza (GV2) ini meletakkan ke tepi soal kebahagiaan diri.

Ketika menunaikan umrah bersama anak kesayangan, Mohd Rayyan Nakhaie, Mac lalu, tanpa berselindung, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana berdoa agar dirinya bertemu jodoh.

“Itu (doa agar ditemukan jodoh) harus! Jujurnya, saya doa secara rawak sahaja. Saya berdoa agar diperluaskan rezeki dan dipertemukan jodoh yang baik.

“Setakat ini, belum ada ura-ura untuk menamatkan zaman solo. Biarlah Allah yang tentukan. Berkawan-kawan itu ada, cuma mungkin belum sampai masanya… Doakan saya iya,” katanya kepada BH Online.

Siti Nordiana mohon doa orang ramai agar dapat bertemu 'si dia'

Kali kedua menunaikan umrah bersama Mohd Rayyan, Siti Nordiana mengaku banyak yang dipelajari ketika berada di Makkah.

“Kali ini agak berbeza dengan umrah pertama kerana ada banyak perkara yang saya pelajari. Apatah lagi, ustaz pengiring memberi banyak pengisian baharu.

“Jadi, saya fikir ini pengalaman paling bermakna buat saya,” katanya.

Siti Nordiana tidak lekang memanjatkan doa kepada Allah sepanjang menunaikan umrah.

“Ketika berada di Tanah Suci, saya berdoa agar sentiasa istiqamah. Maksudnya, ibadat apa yang saya lakukan di sana, dapat diteruskan secara konsisten sekembalinya ke tanah air.

“Saya juga berdoa agar ibadat saya selepas ini bertambah dan lebih baik daripada yang lalu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi yang meraih trofi Penyanyi Wanita Popular dan Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 ini bersyukur aktiviti seni rancak kembali.

“Alhamdulillah, kerjaya seni saya lancar semula. Sepanjang Ramadan lalu, saya banyak menerima tawaran menyanyi. Saya harap situasi ini berterusan… Insya-Allah,” katanya.

Siti Nordiana pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusof pada April 2006, namun, bercerai pada September 2009.

BACA:

Terkena gangguan misteri, isteri Hafiz masih belum pulih sepenuhnya

Wanita terkejut batu kecil dipijak ketika mendaki bukit bernilai RM90,000

20 tahun tunggu bajet kerajaan, lelaki ini nekad baiki jalan sendiri bernilai RM830 ribu

COMMENTS

Wordpress (0)