Siti Nordiana bagi ‘hint’ anak dah sedia jadi abang, ramai doakan bertemu jodoh

Siti Nordiana bagi ‘hint’ anak dah sedia jadi abang, ramai doakan bertemu jodoh.

Sejak kebelakangan ini, entah kenapa nama Siti Nordiana atau Nana jadi sebutan ramai terutama berkaitan statusnya sebagai ibu tunggal.

Paling kecoh ketika ramai memasang hasrat untuk melihatnya menjadi ibu kepada empat orang anak Shuib. Memang jauh dan besar sungguh impian rakyat Malaysia.

Siti Nordiana bagi 'hint' anak dah sedia jadi abang, ramai doakan bertemu jodoh

Sekali lagi dia mencuri perhatian apabila memuat naik video bersama anak lelakinya Rayyan dengan kapsyen mengundang ribuan reaksi netizen.

“Rayyan sudah boleh jadi abang ni,” coretnya ringkas.

“Nana seperti sudah bersedia dan bagi petanda, semoga semua urusan dipermudahkan,” kata seorang netizen.

Bila baca semua komen, rasa terharu kerana ramai yang mahu melihat Nana bahagia di sisi seorang suami. Semoga dipermudahkan!

BACA LAGI:
Minima PT3/PMR – Jawatan kosong di lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Akhirnya misteri burung asyik berkerumum di pusara bapa terjawab
Awal Ashaari buat hal lagi, sekali Scha Alyahya masuk komen