Sinki mudah tersumbat kerana 6 sebab ini, cubalah elak

Sinki mudah tersumbat kerana 6 sebab ini, cubalah elak

Sinki mudah tersumbat kerana 6 sebab ini, cubalah elak.DAPUR merupakan ruang yang sering dimasuki jika anda berada di rumah.

Beberapa kajian menyatakan bahawa seseorang akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya 30 minit di sinki dapur.

Maka tidak hairanlah jika sinki sering tersumbat dan untuk berdepan masalah ini bukanlah perkara mudah ya!

Mungkin secara tidak sedar kebiasaan yang sering dilakukan di sinki menjadi punca ia tersumbat.

Jadi awas! Ubahlah tabiat anda jika sering melakukan enam perkara ini.

Sinki mudah tersumbat kerana 6 sebab ini, cubalah elak

1. Minyak atau lemak

Apa sahaja bahan masakan yang mempunyai kandungan lemak seperti minyak atau lemak daging akan mengeras walaupun ia masih cair semasa anda menuangnya di dalam sinki.

Ia antara punca utama sinki anda mudah tersumbat.

Oleh itu, anda perlu mengasingkannya ke dalam bekas sebelum buang terus ke tong sampah.

pasta

2. Bahan berkanji

Pasta, kentang, kekacang dan nasi adalah empat punca biasa sinki dapur tersumbat.

Apabila bahan-bahan tersebut terkena air, ia akan mengembang seolah-olah menjadi pes yang likat.

Sebaiknya, buanglah sisa makanan tersebut ke dalam tong sampah.

3. Serbuk kopi

Sama seperti kanji, serbuk kopi akan berkumpul dan menjadi berat apabila bercampur dengan air dan keadaan itu akan menyebabkan saluran pada sinki anda tersekat.

Kopi harus dibuang ke dalam tong sampah atau ke dalam timbunan kompos.

Boleh juga taburkannya terus ke atas tanah di kawasan taman bunga anda, kerana ia menurunkan pH tanah.

4. Sisa makanan lain

Sisa makanan hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam tempat pelupusan sampah atau dikompos.

Jika dibuang terus melalui sinki, lama kelamaan cebisan makanan tersebut akan terkumpul dan terperangkap dalam paip melengkung di bawah sinki.

Masalah sinki tersumbat boleh diatasi dengan membuang sisa makanan dalam tong sampah.

5. Busa/buih sabun

Tahukah anda bahawa kebanyakan sabun dibuat daripada lemak?

Apabila bercampur dengan mineral keras yang terdapat dalam air, ia juga boleh menyebabkan saluran paip anda tersumbat.

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda bolehlah melakukan pembersihan saluran paip secara berkala menggunakan pembersih tanpa sabun.

6. Akar pokok

Jika beberapa longkang tersumbat, terdapat kemungkinan bahawa saluran pembetung anda dipenuhi akar pokok.

Walaupun hanya retakan kecil yang berlaku pada saluran pembetung anda, ia boleh menyebabkan akar memasukinya sekali gus membesar dan merosakkan.

Ia akan lebih sulit jika berlaku!

BACA:

Kutipan RM12 juta belum balik modal lagi untuk filem Mat Kilau

Nikki Palikat dedah sudah bercerai waktu pandemik

Ramai kagum dengan lakonan bertenaga Yayan Ruhian, layak jadi hero