Sindiket seludup parti tumpas, dalangnya mengejutkan orang ramai…

Sindiket seludup parti tumpas, dalangnya mengejutkan orang ramai…

Sindiket seludup parti tumpas, dalangnya mengejutkan orang ramai. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket Ah Chong yang didalangi dua pegawainya menerusi operasi khas di Larkin Sentral, Johor Bahru dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini pada Rabu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, sindiket itu sebelum ini aktif menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah disenaraihitamkan untuk kembali memasuki negara ini.

Dalam operasi yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota imigresen Putrajaya bermula jam 1.30 petang, seramai 25 PATI warganegara Indonesia ditahan yang memasuki negara ini melalui Singapura.

Sindiket seludup parti tumpas, dalangnya mengejutkan orang ramai…

PATI Indonesia itu melibatkan 13 lelaki dan 12 wanita. Turut ditahan dua tekong warganegara tempatan berusia 34 dan 49 tahun.

“Selain itu, dua pegawai imigresen yang berusia 20 dan 27 tahun yang bertugas di KSAB turut ditahan petang tadi,” katanya ketika sidang akhbar di Laluan Keluar Bas dan Lori di KSAB.

Beliau berkata, modus operandi sindiket itu adalah dengan membawa masuk PATI terbabit melalui LinKedua di KSAB sebelum dua pegawai imigresen terbabit melepaskan mereka tanpa sebarang pemeriksaan sebelum dibawa ke Larkin Sentral menggunakan bas.

“Sampai di sana, terdapat sebuah bilik khas disediakan sindiket untuk memberikan cop palsu kepada pasport milik kesemua PATI terbabit bagi mengaburi mata pihak penguasa,” katanya.

Tambah beliau, selepas itu semua PATI berkenaan akan dibawa menaiki bas ke Terminal Bersepadu Selatan di Kuala Lumpur.

Menurut Khairul Dzaimee, sindiket itu didapati telah bergiat aktif sejak sempadan antarabangsa Malaysia dibuka pada April lalu dengan mensasarkan PATI yang telah disenarai hitam daripada memasuki negara ini oleh pihak imigresen.

“Sindiket itu mengenakan bayaran antara RM5,000 hingga RM8,000 seorang dan dianggarkan mereka telah membawa masuk sekurang-kurangnya 600 PATI sejak April lalu dengan mengaut keuntungan lebih RM2.5 juta sejak beroperasi.

“Kesemua PATI yang dibawa masuk sindiket ini adalah mereka yang telah disenarai hitam imigresen atas pelbagai kesalahan antaranya masuk melalui laluan salah, tinggal lebih masa dan juga menjalankan perniagaan tanpa lesen,” katanya.

Beliau berkata, semua 25 PATI yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Imigresen 1959/63, manakala dua tekong warga tempatan akan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

“Pihak imigresen tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang didapati terlibat dengan kegiatan penyeludupan migran,” katanya.

BACA LAGI:

Budak 3 Tahun Punyai Badan Yang Sado Dan Berotot buat netizen terkejut

Pelanggan batal tempahan makanan undang sebak, [VIDEO] reaksi peniaga itu

Gadis Ada Degree Tak Kisah Majlis Kahwin Bajet Rendah, mak mertua siap bagi pinjam cincin masa merisik