Siapa sangka?! Hanya dengan scan barcode, kini pengguna boleh semak status produk halal atau tidak dengan pantas!

Siapa sangka?! Hanya dengan scan barcode, kini pengguna boleh semak status produk halal atau tidak dengan pantas!

Sudah menjadi tanggungjawab bagi setiap Muslim untuk memakan dan minum makanan yang halal lagi baik.

Dalam erti kata lain, hidangan yang dijamah perlulah bersih, suci dan diyakini bebas daripada bahan yang dilarang dalam agama.

Siapa sangka?! Hanya dengan scan barcode, kini pengguna boleh semak status produk halal atau tidak dengan pantas!

Selain daripada inisiatif pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pembangun kinihalal menerusi aplikasi Verify Halal turut tampil mengeluarkan aplikasi dalam membantu pengguna menyemak status halal sesebuah produk dengan mudah dan pantas.

Berdasarkan perkongsian TikTok @Kinihalal, apa yang perlu pengguna lakukan adalah scan barcode pada produk tersebut untuk mengetahui status Halal sesebuah produk. Bukan itu sahaja, pengguna turut berpeluang menyemak tarikh luput sijil Halal.

Penawaran fungsi yang diperkenalkan ini sekaligus dapat mengelakkan pengguna mendapatkan produk Halal tanpa was-was khususnya melibatkan produk yang meletakkan logo Halal namun pada hakikatnya gagal mendapatkan status tersebut.

Memaparkan status halal 46 buah negara

@kinihalal Tak perlu logo halal JAKIM kalau di luar negara? #fypmalaysia #fyp ♬ original sound – @Kinihalal

Sebuah lagi fungsi menarik daripada aplikasi Verify Halal adalah pengguna turut berpeluang menyemak logo Halal di 46 buah negara yang berbeza.

Seperti ramai sedia maklum, status Halal di Malaysia dikeluarkan oleh pihak JAKIM. Penawaran fungsi semak logo Halal ini membantu pengguna menyemak rekaan logo rasmi Halal di negara-negara tersebut.

Sokongan penyediaan restoran Halal berdekatan

Nak tahu apa yang lebih menarik? Pengguna turut berpeluang menyemak restoran Halal berdekatan semudah menerusi aplikasi Verify Halal sahaja.

Fungsi yang pada kami sangat underrated ini mungkin kurang digunakan jika di Malaysia namun sangat membantu khususnya buat para pelancong atau mereka yang berada yang berada di negara luar.

BACA:

Rakyat India tiba-tiba mengamuk sambil berarak bakar gambar Shah Rukh Khan, rupanya ini yang jadi