Siapa Puteri Sarah? Kenali biodata dirinya

Siapa Puteri Sarah? Kenali biodata dirinya

Siapa Puteri Sarah? Kenali biodata dirinya. Isteri kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof yang dikenali sebagai Puteri Sarah Liyana ini menjadi antara nama yang sering menjadi perhatian ramai sejak akhir-akhir ini.

Kisah rumahtangga pasangan selebriti ini menjadi bualan hangat ramai selepas suaminya, Syamsul Yusof akui sudah bernikah dengan isteri keduanya, Ira Kazar.

Biarpun sedang berada di saat ini, namun kecekalan Puteri Sarah berhadapan dengan semua kemelut rumahtangga tersebut membuatkan ramai kagum. Puteri Sarah yang juga seorang pelakon dan model nampaknya kembali aktif dalam kariernya itu.

Ini antara latarbelakang dan biodata Puteri Sarah, seorang wanita bijak, cekal dan tabah:

Biodata Puteri Sarah

Siapa Puteri Sarah? Kenali biodata dirinya

Nama Penuh: Puteri Sarah Liyana Binti Megat Kamaruddin

Nama Panggilan: Puteri Sarah

Umur: 37 tahun

Tarikh Lahir: 1 Disember 1985

Tempat Lahir: London, England

Instagram: Puteri Sarah Liyana

Latarbelakang Peribadi

Puteri Sarah Liyana dibesarkan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor. Puteri Sarah adalah seorang gadis berpendidikan dan memiliki ijazah dalam Pengurusan Hotel di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Selain itu, Puteri Sarah juga adalah anak sulung daripada empat adik-beradik dan mula berhijab sepenuhnya pada tahun 2013. Puteri Sarah dan Syamsul Yusof membina mahligai sejak 9 tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Kerjaya

Puteri Sarah mula menceburi bidang hiburan sebagai seorang pelakon sejak 2008. Selain dari berbakat sebagai seorang pelakon, Puteri Sarah turut menjadi model bagi pelbagai jenama.

Antara drama, telefilem dan filem yang pernah dibintangi Puteri Sarah adalah Dunia Anita, Asmaradana, Evolusi KL Drift: The Series, Aku Seorang Perempuan, Ayat Dari Langit, Lu Pikirlah Sendiri The Movie dan banyak lagi.

BACA: 

Banjir kilat tak halang pelanggan nikmati sarapan pagi

Ibu Syamsul tak mengaku Ira Kazar menantu, lepas block nombor ini pula berlaku