Siapa masih ingat pelakon Cili Padi suatu ketika dahulu? Ini penampilan terkini

Siapa masih ingat pelakon Cili Padi suatu ketika dahulu? Ini penampilan terkini

Siapa masih ingat pelakon Cili Padi suatu ketika dahulu? Ini penampilan terkini. Drama Cili Padi merupakan antara siri popular yang cukup dekat dengan jiwa penonton sekitar era 80-an dan 90-an.

Sehingga kini sekalipun naskhah ini masih diingati ramai dengan plot cerita dan sebahagian skrip siri tersebut yang masih segar di ingatan.

Antara lain, Cili Padi berjaya melonjakkan nama barisan para pelakonnya seperti Nik Fariz, Jaafar Onn, Melissa Saila, Anne Ngasri dan Tam.

Watak Shafik antara yang mendapat perhatian ramai kerana gelagat dan kenakalan kanak-kanak itu yang sering menimbulkan kekecohan.

Pendukung wataknya iaitu Nik Fariz Nik Fadzil ketika membintangi drama berkenaan, baru sahaja berusia 10 tahun.

Siapa masih ingat pelakon Cili Padi suatu ketika dahulu? Ini penampilan terkini

Namun kini selepas lebih dua dekad, ramai yang tertanya-tanya keadaan dan wajah terkininya.

Daripada seorang kanak-kanak comel yang mempunyai telatah menghiburkan, kini beliau berubah menjadi seorang lelaki matang dan dewasa.

Menjengah usia 37 tahun, beliau telahpun mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Khairun Nisa Abdul Halim dan dikurniakan cahaya mata perempuan berusia lapan tahun.

Difahamkan, Nik Fariz yang masih menerima tawaran berlakon, memilih untuk tidak lagi aktif dalam dunia hiburan kerana sibuk menyara kehidupan menerusi karier dalam bidang fotografi dan komputer.

Berikut dikongsikan 3 foto terkininya:

BACA:

Ibu Syamsul tak mengaku Ira Kazar menantu, lepas block nombor ini pula berlaku

Dihempap pokok tapi warga emas ini tetap rilek hisap rokok