Siap ada nota mohon maaf, pencuri pulangkan balik motosikal

Seorang pencuri memulangkan semula motosikal yang dilarikan dengan meninggalkan nota yang menyatakan rasa kesal kerana melakukan perbuatan itu, lapor laman berita The Pattaya Mail hari ini.

Semasa rondaan rutin di timur Pattaya kelmarin, anggota polis terjumpa sebuah motosikal yang mencurigakan serta disembunyikan di kawasan hutan.

Motosikal tanpa plat nombor itu menimbulkan syak wasangka dan mendorong siasatan menyeluruh dilakukan.

Siap ada nota mohon maaf, pencuri pulangkan balik motosikal

Selepas siasatan, polis mengesahkan bahawa motosikal berkenaan dilaporkan dicuri pada 24 Februari lalu dari sekitar bilik sewa di kawasan sama.

Anggota polis kemudian menemui nota tulisan tangan, dipercayai ditulis oleh pencuri motosikal tersebut.

Nota itu menyatakan rasa kesal dan memohon maaf kepada pemiliknya yang dikenali sebagai Chit Min Pai.

Nota itu berbunyi: “Saya meminta maaf kepada pemilik motosikal ini. Saya tidak bermaksud untuk mencuri motosikal ini. Saya hanya mahukan wang untuk anak yang sedang sakit. Tolong maafkan saya. Saya minta maaf.”

Baca juga: Penantian berakhir, KWSP umum berita baik!