Shuib buka rahsia arwah Sarah kena sihir sampai bertukar jadi harimau

Shuib mendedahkan bahawa arwah isterinya, Siti Sarah, pernah mengalami gangguan sihir ketika bergelar penyanyi.

Menurut Shuib dalam satu sesi podcast yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya, dia sendiri menyaksikan insiden ngeri itu di depan matanya.

Shuib menegaskan bahawa dia kerap mengalami kejadian-kejadian seram dan mencemaskan sepanjang bersama Siti Sarah.

“Saya melalui banyak situasi mencemaskan, sampai kesurupan dan dirasuk,” kata Shuib. “Yang paling teruk ialah ketika Siti Sarah bertukar seperti seekor harimau, dengan gaya harimau sehingga menjilat kakinya. Pada minggu pertama perkahwinan kami, tiba-tiba saya mendengar dia mendengus seperti harimau, dan ini berlaku berulang kali,” jelas Shuib, menurut sumber mStar.

Shuib kemudian membawa Siti Sarah mendapatkan rawatan segera. Shuib juga menceritakan pengalaman melihat Siti Sarah tumbang selepas membuat persembahan di Gegar Vaganza, dan segera membawanya untuk mendapatkan rawatan.

@buletin.tiktok Part 1. credit youtube Shuib Channel #fyp #berandafyp #gosip #bikinpanas #seram #sihir ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Shuib dan Siti Sarah mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena, seolah-olah Siti Sarah disihir ketika membuat persembahan.

“Dia [Siti Sarah] cakap dia rasa seperti disihir. Pernah dia naik ke pentas dan rasa orang bencikan dia serta persembahannya tidak menyerlah,” tambah Shuib.

Untuk rekod, Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2021. Namun, Siti Sarah meninggal dunia akibat jangkitan pandemik COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Beberapa tahun selepas pemergian Siti Sarah, Shuib membuka hati untuk berkahwin sekali lagi dan mengahwini Watie Hanifiah pada Jun 2023.

Baca : Zamarul Hisyam kongsi whatsapp anak dara cuba godanya