Sharnaaz tempelak influencer tak ambil kisah isu kekejaman Israel, lebih baik depa m*mpos saja jadi ulat sampah,”

Pelakon, Sharnaaz Ahmad menempelak segelintir selebriti yang tidak menggunakan pengaruh mereka

Bagi membantu menyebarkan kebenaran mengenai konflik Israel dan Palestin.

Memetik Harian Metro, Sharnaaz yang lantang mengutuk kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin itu berkata,

Sharnaaz tempelak influencer tak ambil kisah isu kekejaman Israel, lebih baik depa m*mpos saja jadi ulat sampah,”

masih ramai selebriti dan pempengaruh media sosial enggan menunjukkan sokongan terhadap saudara seagama di Gaza,

Palestin disebabkan takut kehilangan tawaran dari jenama antarabangsa.

“Berapa ramai idola anda semua yang pengecut takut hilang pengikut atau tawaran kerja hanya kerana menyokong Palestin?

“Itu namanya bukan idola, lebih baik m*mpos saja jadi ulat sampah,” tulisnya di media sosial.

Dalam masa sama, Sharnaaz mengakui dia bulanlah insan yang baik, namun terbuka menzahirkan sokongan kepada Palestin.

“Aku bukan Muslim yang baik, bukan yang alim dan celik agama tapi aku tetap akan bersama Palestin,” katanya

BACA: “Tak sensitif” – Orang Malaysia hubungi Nurul Ain semata nak dengar bunyi bom di Palestin