Sharifah Amani akan dedah identiti bakal suami

Sharifah Amani akan dedah identiti bakal suami

Sharifah Amani akan dedah identiti bakal suami.Aktres Sharifah Amani akhirnya mendedahkan dirinya sudah menjadi tunangan orang.

Adik kepada Sharifah Aleya itu melangsungkan pertunangan dengan lelaki pilihan hatinya pada 24 Jun lalu di kediaman keluarga di Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran di Instagram, Amani turut berkongsi sekeping gambar yang memaparkan cincin di jari manis sekali gus wajah mengesahkan mengenai status terkini dirinya.

Malah, kapsyen ringkas tetapi penuh makna membuatkan ramai rakan artis dan peminat tumpang gembira.

“Jujur, saya amat berdebar kerana mengenali diri ini memang kisah peribadi antara yang bukan saya jaja selama bergelar anak seni. Tapi, saya akur, perjalanan hidup manusia juga akan bertemu titik bahagia.

Sharifah Amani akan dedah identiti bakal suami

“Tiada istilah saya mahu menyembunyikan kebahagiaan yang sedang diteroka ini. Saya percaya, hal bahagia ini juga berhak dikongsi. Justeru, saya kongsi sedikit hari ini,” katanya.

Pemenang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-19 menerusi filem Gubra ini bagaimanapun belum bersedia mendedahkan identiti tunang meski akui bakal melangkah ke gerbang perkahwinan tahun ini juga.

“Nanti masa nikah, saya bersedia berkongsi identiti bakal suami. Sekarang ini, biarlah rahsia dulu.

“Yang pasti kami sudah kenal sejak empat tahun lalu. Saya selesa mengenalinya,” katanya lagi.

BACA:

Semakin ramai mula ‘lari’ bekerja di luar negara, faktor gaji jadi punca

Ini risiko jika ‘gatal-gatal’ sertai kumpulan Whatsapp

‘Scammer’ tipu duit orang ramai RM1.9 juta hanya didenda RM26