Shahidan disingkir, Azlan ganti

Shahidan disingkir, Azlan ganti

Shahidan Kassim disingkir daripada jawatan pengerusi perhubungan parti di Perlis.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan jawatan pengerusi perhubungan Perlis akan digantikan oleh Menteri Besarnya Azlan Man.

“Adalah dimaklumkan bahawa jawatan pengerusi badan perhubungan negeri Perlis (yang disandang) Shahidan Kassim digantikan kepada Azlan Man yang juga menteri besar Perlis.

“Pertukaran ini berkuatkuasa hari ini.Dirakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Shahidan Kassim atas khidmat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau,” kata Zahid pada satu kenyataan hari ini.

COMMENTS