Setelah lagunya tular di Malaysia, penyanyi Rusia ini buat lirik melayu pula

Setelah lagunya tular di Malaysia, penyanyi Rusia ini buat lirik melayu pula

Setelah lagunya tular di Malaysia, penyanyi Rusia ini buat lirik melayu pula. Baru-baru ini, ramai pengguna di media sosial terutamanya di TikTok menggunakan lagu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi dari Russia ini

Pasti ramai yang telah mendengar lagunya itu. Walaupun kita tidak faham liriknya dalam bahasa Russia, tetapi ramai yang merekanya sendiri asalkan sebutannya sama seperti dalam lagu.

Tak dinafikan, muziknya memang sedap di dengar dan menjadi fenomena di Malaysia dan disebabkan itulah ia mendapat perhatian penyanyi itu sendiri.

Selepas saja lagunya itu viral di Malaysia, dia mengeluarkan secara rasmi muzik videonya dengan menggunakan lirik dalam bahasa Melayu sendiri.

Lihat video muziknya di bawah:

Setelah lagunya tular di Malaysia, penyanyi Rusia ini buat lirik melayu pula

‘Bantai’ letak lirik dalam bahasa Melayu, asalkan bunyi sama

Menerusi video tersebut, kelihatan penyanyi dari Russia yang bernama Amirchik itu baru saja mengeluarkan muzik video rasminya beberapa hari lalu.

Namun, apa yang membuatkan ramai tidak sangka adalah dia meletakkan caption berbahasa Melayu dalam videonya itu.

Walaupun ia bukanlah bahasa Melayu yang betul, tetapi effortnya untuk meletakkan lirik yang seakan dengan bunyinya itu ternyata mendapat pujian netizen walaupun ia sangat kelakar.

“The way he appreciates Malaysian fans is superb” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen Malaysia memberikan pujian buatnya kerana menghargai peminatnya di Malaysia.

Sehingga kini, muzik video itu telah meraih 168K views, 13K likes dan 1,558 comments di YouTube.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di YouTube:

BACA:

Rafizi dedah wujud syarikat palsu pindah duit projek LCS

Kes buli di MRSM Kuantan, bapa mangsa dedah apa yang berlaku

Tular gambar Baby Shima kahwin, ini rupanya yang berlaku