Setelah kecoh ramai mengadu perangai PA, ini jawapan Khairul Aming buat ramai terkejut

Setelah kecoh ramai mengadu perangai PA, ini jawapan Khairul Aming buat ramai terkejut

Setelah kecoh ramai mengadu perangai PA, ini jawapan Khairul Aming buat ramai terkejut. Selebriti media sosial, Khairul Aming bertindak memberhentikan pembantu peribadinya susulan terbongkar dan tular cerita sikap ‘biadap’ pembantu tersebut yang kecoh diperkatakan sejak semalam.

Menerusi ciapan terkini di akaun Twitter, Aming menjelaskan dia sudahpun memadam kontak pembantu peribadinya yang diletakkan di media sosial untuk kegunaan berurusan dengan pelanggan.

“Ekoran isu yang tular semalam, saya telah mengambil beberapa tindakan dengan membuang kontak pembantu saya di sosial media.

“Mulai hari ini juga saya akan menguruskan sendiri kerja-kerja saya sehingga ada pengganti,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aming atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman memaklumkan akan berehat seketika daripada mengambil sebarang review daripada pelanggan.

Setelah kecoh ramai mengadu perangai PA, ini jawapan Khairul Aming buat ramai terkejut

Malah Aming turut mengingatkan dirinya untuk lebih berhati-hati selepas ini dalam memilih kawan.

“Untuk waktu sekarang saya akan berhenti sekejap buat video untuk pelanggan, termasuk makanan, kedai makan dan seminar.

“Dia kawan saya dan saya percaya dia untuk uruskan semua tanpa saya memeriksa kualiti kerjaya. Hujung-hujung banyak perkara buruk yang saya alamai.

“Ramai juga yang nasihat saya untuk asingkan kawan dan perniagaan, saya setuju perkara itu, saya akan lebih berhati-hati dan mengambil serius perkara sebegini,” tambahnya lagi.

Pada akhir ciapanya, Aming turut memohon maaf kepada semua pihak diatas kejadian tersebut.

“Sekali lagi saya nak mohon maaf kepada semua pihak yangg terlibat selama ni. Saya belajar sesuatu dalam hidup saya hari ini dan akan cuba perbaiki lagi pada masa akan datang. Terima kasih semua,” tulisnya.

Terdahulu kecoh di Twitter apabila seorang individu mendedahkan perangai sebenar pembantu peribadi Aming dan individu tersebut turut menyifatkan pembantu berkenaan terlalu sombong ketika ingin berurusan dengannya.

BACA:

Ini tips rebus kerang agar isinya rasa fresh waktu makan

Tular klip video Polis lepas penunggang motosikal warga asing bawa besi buruk

Dah macam bandar bergerak, netizen teruja lihat kapal mewah ni