Setelah disahkan bercerai, ini komen Ellie Suriaty terhadap Azri

Setelah disahkan bercerai, ini komen Ellie Suriaty terhadap Azri.Industri hiburan hari ini digemparkan dengan berita penceraian pasangan pelakon Ellie Suriaty Omar dan Azri Iskandar.

Ikatan Terlerai Hari Ini

Ikatan suami isteri yang terikat bersama selama 19 tahun akhirnya terlerai hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur, seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.

Ellie Sudah Fikir Masak-Masak

Kata Ellie, meskipun keputusan berpisah itu adalah sukar untuk dibuat, namun dia telah memikirkan hal itu sebaik mungkin.

Setelah disahkan bercerai, ini komen Ellie Suriaty terhadap Azri

“Ini adalah suatu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri. Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya.

“Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami,” katanya seperti yang dipetik daripada portal Getaran.

Imbas Kembali

Sekadar info, Ellie dan Azri dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar Azri Iskandar, 18, dan Nur Azreen, 13, sepanjang perkongsian hidup bersama.

Selain itu, mereka juga kehilangan dua lagi cahaya mata ketika masih belum sempat dilahirkan.

BACA:

Jurusolek ‘special effect’ bongkar kesan penyakit pada tubuh Ustaz Kazim

Kenaikan OPR tidak bebankan peminjam, kata Menteri Kewangan

Anggota bomba teruk kena maki, puncanya buatkan netizen geram

COMMENTS

Wordpress (0)