Setelah 14 tahun jadi ibu tunggal, Siti Nordiana cari pengganti , ciri-cirinya tengok dalam ni

Pejam celik, pejam celik, sudah 14 tahun penyanyi berlunak merdu, Siti Nordiana menjadi ibu tunggal dan semestinya mempunyai keinginan untuk mendirikan rumah tangga lagi.

Memetik laporan Astro Gempak, Siti Nurdiana yang mesra disapa Nana berkata, dia bagaimanapun masih solo sehingga kini

Dan tidak mengenali sesiapa selain meminta doa orang ramai terhadap dirinya..

Setelah 14 tahun jadi ibu tunggal, Siti Nordiana cari pengganti , ciri-cirinya ada dalam ni

“Buat masa sekarang ini, saya masih solo. Tidak mendirikan rumah tangga dengan sesiapa.

Saya belum berkahwin lagi. Keinginan untuk berkahwin itu mestilah ada, sebagai manusia biasa.

“Tapi bukan sekarang atau dalam masa terdekat. Sekarang, tidak mengenali sesiapa pun. Minta semua orang doakan juga saya,”katanya.

Dalam pada itu, pelatun lagu Terus Mencintaimu berkata dia mencari lelaki yang boleh memahami dirinya biarpun tidak mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Nana berkata, bukan mudah untuk mencari jodoh yang tepat buat dirinya lebih-lebih lagi membuatkan seseorang itu menerima dirinya yang berstatus ibu tunggal.

“Sebenarnya saya mencari seorang lelaki yang boleh memahami dan bertolak ansur dengan saya.

“Sebab itu untuk berkahwin lagi ini mengambil masa yang agak lama. Bukan senang nak cari jodoh yang tepat untuk saya.

“Yang cuba mendekati saya tidak perasan, mungkin ada yang cuba mendekati,”ujar Nana.

Untuk rekod, Nana pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Allahyarham Mohd Faizal Yusup pada 2006, namun ikatan mereka tidak bertahan lama dan akhirnya berpisah selepas tiga tahun bersama.

Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Rayyan Nakhaie, 15.

BACA: Suami gaji kecil tapi mak mertua selalu desak nak duit. Satu hari suami nangis depan mak mertua cakap dia pun tak cukup