Sesi persekolahan bermula

Hari ini sesi persekolahan bermula selepas Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan jadual kemasukan murid-murid ke sekolah secara berperingkat.
Jalan raya mengalami kesesakan sedikit tidak seperti sebelum ini berikutan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah. Perasaan bercampur baur daripada ibu bapa, mereka gembira kerana anak-anak dapat menuntut ilmu di sekolah, tetapi dalam masa sama merisaukan pandemik Covid-19 belum lagi menunjukkan pengurangan yang stabil.
Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pada 19 Februari 2021 yang lalu telah mengeluarkan arahan sesi persekolahan akan bermula pada 1 Mac 2021 melibatkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara manakala Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam bermula pada 8 Mac.ini ialah murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara.
Bagi pelajar sekolah menengah, mereka akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April ini bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala bagi sekolah di negeri lain pada 5 April.