Serpihan ditemui, TNI isytihar kapal selam KRI Nanggala 402 karam

Serpihan  ditemui, TNI isytihar  kapal selam KRI Nanggala 402 karam

Indonesia berkata hari ini bahawa pihaknya menemui serpihan berasal daripada sebuah kapal selam yang hilang bersama 53 kru di perairan Bali.

Turut ditemui termasuk komponen dan barangan di dalam kapal selam tersebut, KRI Nanggala 402.

“Sejak beberapa hari lalu, kami menemui serpihan dan barangan dari lokasi terakhir kapal selam itu menyelam,” kata ketua Tentera Nasional Indonesia (TNI) – Angkatan Laut, Yudo Margono kepada pemberita.

Kapal selam KRI Nanggala 402 buatan Jerman itu dijadualkan melakukan latihan menembak torpedo apabila ia meminta kebenaran untuk menyelam pada minggu ini. Kapal selam tersebut terputus hubungan tidak lama kemudian.

Laksamana Pertama TNI Angkatan Laut, Julius Widjojono mengatakan kapal selam KRI Nenggala 402 yang hilang dari radar semasa melakukan latihan di perairan Bali didapati karam di kedalaman 600-700 meter.

COMMENTS